Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, India, Saudi, EU lancar perjanjian rel dan pelabuhan

Sep 10, 2023 | 04:13 PM



NEW DELHI: Pemimpin global mengumumkan perjanjian rel dan pelabuhan berbilang negara yang menghubungkan Timur Tengah dan Asia Selatan pada Sabtu dalam satu sesi di luar sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, India.


Perjanjian itu datang pada masa yang kritikal ketika Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berusaha menentang Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) China ke atas prasarana global dengan meletakkan Washington sebagai rakan kongsi alternatif dan pelabur untuk negara membangun dalam kumpulan G20.

Encik Biden berkata ia adalah “urusan besar sebenar” yang akan menghubungkan pelabuhan merentasi dua benua dan membawa kepada “Timur Tengah yang lebih stabil, lebih makmur dan bersepadu”.

Beliau berkata pada satu acara mengumumkan pakatan tersebut sambil menambah bahawa ia akan membuka peluang bertali arus bagi tenaga bersih, elektrik bersih dan untuk membentangkan kabel bagi menghubungkan masyarakat.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, selaku tuan rumah Sidang Puncak G20 berkata:

“Hari ini, semasa kita memulakan inisiatif keterhubungan yang begitu besar, kita menyemai benih untuk generasi akan datang agar menebar impian lebih besar.”

Perjanjian itu akan memberi manfaat kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana di rantau ini, dan membolehkan peranan penting dilaksanakan bagi Timur Tengah dalam perdagangan global, ujar Encik Jon Finer, Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika, kepada pemberita Sidang Puncak tahunan blok itu di New Delhi.

Ia bertujuan menghubungkan negara Timur Tengah melalui kereta api dan menghubungkan mereka ke India melalui pelabuhan, membantu aliran tenaga dan perdagangan dari kawasan Teluk ke Eropah, dengan mengurangkan masa penghantaran, kos dan penggunaan bahan api, jelas beliau lagi.

Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Koridor Ekonomi India-Timur Tengah-Eropah, atau IMEC, telah ditandatangani oleh Kesatuan Eropah (EU), India, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika dan rakan kongsi G20 yang lain.

IMEC ini dijangka meliputi dua koridor berasingan dengan koridor timur yang menghubungkan India dengan Teluk Arab, dan koridor utara yang menghubungkan Teluk Arab dengan Eropah, jelas butiran MOU berkenaan.

Di sepanjang laluan kereta api berkenaan, negara yang terlibat dalam perjanjian ini berhasrat meletakkan kabel untuk talian kuasa dan data, serta saluran paip untuk hidrogen yang diperoleh daripada tenaga boleh diperbaharui untuk digunakan dalam penjanaan kuasa.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata pakatan itu menawarkan peluang untuk pengeluaran, inovasi dan masyarakat secara umum.

“Tetapi niat kami adalah untuk menjadikannya satu kenyataan dan untuk memastikan bahawa selepas komitmen ini, kami mempunyai hasil yang konkrit,” katanya pada majlis itu.

Tiada butiran bagaimanapun diberi tentang nilai perjanjian yang dibuat itu.

Langkah memeterai perjanjian ini dibuat di tengah-tengah usaha Amerika mencapai perjanjian diplomatik yang lebih luas di Timur Tengah yang akan membolehkan Arab Saudi mengiktiraf Israel.

Dari sudut pandangan Amerika, tambah Encik Finer, perjanjian itu membantu “menurunkan suhu bahang pertelingkahan di seluruh rantau” dan “mengatasi konflik di mana-mana sahaja yang kelihatan”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >