Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee gesa kerjasama biaya usaha tangani isu iklim

Sep 10, 2023 | 5:30 AM
BERTEMU RAKAN SEJAWATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kiri) bertemu Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi di Sidang Puncak Pemimpin G20 di New Delhi, India.
BERTEMU RAKAN SEJAWATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kiri) bertemu Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi di Sidang Puncak Pemimpin G20 di New Delhi, India. - Foto AFP

NEW DELHI: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah menyeru rakan kerjasama untuk berusaha seiringan dalam platform kewangan yang menggabungkan dana swasta dan awam untuk menangani perubahan iklim.

Mengemukakan demikian ketika berucap pada Sidang Puncak Kumpulan 20 (G-20) di New Delhi pada Sabtu, Encik Lee menyatakan bahawa lebih banyak dana persendirian diperlukan untuk memerangi ancaman “kewujudan” perubahan iklim, dengan bertrilion dolar pelaburan tahunan diperlukan untuk dunia mencapai kadar pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Platform kewangan campuran yang sedang diterokai Singapura itu akan turut meningkatkan pembiayaan daripada sektor awam, swasta dan golongan dermawan.

Ia khusus untuk membiayai pelaburan hijau dan menyokong syarikat karbon tinggi melaksanakan perubahan jangka panjang bagi mengurangkan pelepasan bahan pencemaran mereka.

“Pemerintah sahaja tidak boleh lakukan semua ini,” kata Encik Lee dalam sesi berjudul ‘One Earth’ pada hari pertama sidang dua hari itu.

Sesi ‘One Earth’, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Encik Narenda Modi dan membincangkan usaha mempercepatkan tindakan iklim melalui langkah mitigasi dan peralihan tenaga bersih, diadakan selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Antonio Guterres, menjelaskan pada Jumaat bahawa pemimpin G-20 mempunyai kuasa menghurai semula krisis iklim yang berputar di luar kawalan.

Pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) juga mengatakan bahawa tahun ini mungkin menjadi tahun yang paling ‘panas’ dalam sejarah manusia.

Negara-negara G20, yang terdiri daripada 19 ekonomi utama dan sedang pesat membangun serta EU menyumbang kira-kira 85 peratus daripada pelepasan sejagat, menjadikan forum itu penting untuk mendorong kerjasama dalam usaha perubahan iklim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg