Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia akan terbitkan Al-Quran bahasa isyarat pertama di dunia

Nov 15, 2023 | 05:13 PM



JAKARTA: Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memuktamadkan draf Al-Quran bahasa isyarat, sedia untuk dicetak.


“Alhamdulillah, proses penggubalan Al-Quran bahasa isyarat telah selesai dan akan dicetak tidak lama lagi.

“Ini akan menjadi Al-Quran pertama yang dicetak dalam bahasa isyarat di Indonesia malah di dunia,” kata Menteri Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas, pada Isnin, dipetik dari laman web rasmi kementerian agama itu.

Encik Yaqut berharap Al-Quran bahasa isyarat dapat memudahkan golongan kurang upaya untuk membaca kitab suci tersebut.

Ketua badan penelitian dan pengembangan pendidikan Al-Quran di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kementerian itu, Encik Abdul Aziz Sidqi, menyebut Al-Quran bahasa isyarat sudah wujud dalam format digital dan Pusaka Superapps milik Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sementara itu, versi cetakan Al-Quran bahasa isyarat akan tersedia pada penghujung 2023.

Menurut Encik Aziz, Al-Quran bahasa isyarat bercetak akan menjadi yang pertama di peringkat sejagat.

“Berdasarkan kajian kami, ini akan menjadi Al-Quran bahasa isyarat pertama di dunia untuk 30 juz,” katanya.

Al-Quran bahasa isyarat yang dicetak akan lebih tebal daripada cetakan biasa, kerana kemasukan fon bahasa isyarat.

Kementerian bercadang mencetak Al-Quran bahasa isyarat dalam dua bahagian, dengan satu bahagian terdiri daripada juz 1 hingga 15, dan selebihnya akan dimasukkan ke bahagian kedua.

Edisi pertama akan dicetak sekitar 1,000 hingga 2,000 naskhah.

Semasa penggubalan Al-Quran bahasa isyarat ini, kementerian telah bekerjasama dengan pelbagai pakar, masyarakat kurang pendengaran dan pertubuhan lain yang berkaitan.

“Bersama-sama kita merangka kata sepakat untuk setiap huruf, harakat, dan tanda baca,” kata Encik Aziz.

Pasukan itu juga memeriksa dengan teliti segala-galanya, dari surah pertama Al-Fatihah hingga yang terakhir, An-Nas.

“Memandangkan al-Quran diharamkan kekurangan atau lebihan, walaupun satu harakat atau huruf. Kami memastikan Al-Quran yang dicetak tidak akan ada kesilapan,” tambahnya.

Proses penggubalan bahasa isyarat Al-Quran bermula sejak 2021.

Sementara itu, kementerian mengeluarkan bahasa isyarat Juz Amma pada 2022. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >