Topic followed successfully
Go to BHkuIndonesia berdepan ancaman jadi hab baharu jenayah siber rentas negara
Indonesia berdepan ancaman jadi hab baharu jenayah siber rentas negara
May 18, 2026 | 5:30 AM
Indonesia berdepan ancaman jadi hab baharu jenayah siber rentas negara
Ketua Polis Surabaya, Luthfie Sulistiawa (tengah), bersama Ketua Bahagian Jenayah Rentas Negara dan Antarabangsa Divisyen Interpol NCB Indonesia di Direktorat Hubungan Antarabangsa Polis Nasional Indonesia, Pesuruhjaya Kanan Ricky Purnama (kiri), menunjukkan bahan bukti dalam sidang media di Surabaya pada 8 Mei 2026 selepas ia dirampas dalam penahanan suspek dari China, Jepun dan Taiwan yang terlibat dalam kes penipuan dalam talian. Puluhan warga China, Jepun dan Taiwan ditahan di Indonesia berkaitan kes penipuan dalam talian yang menyebabkan mangsa kerugian jutaan dolar. - Foto AFP
JAKARTA: Indonesia kini berdepan risiko menjadi pusat operasi baharu bagi sindiket perjudian dalam talian dan penipuan siber rentas negara susulan tindakan keras pihak berkuasa di beberapa negara Indochina seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.
Amaran itu dikeluarkan Polis Nasional Indonesia selepas beberapa serbuan besar dilakukan di Jakarta dan Batam membabitkan ratusan warga asing dipercayai terlibat dalam operasi jenayah siber antarabangsa.
Laporan berkaitan
AS kenakan sekatan ke atas pusat penipuan siber Asia TenggaraSep 9, 2025 | 11:03 AM
Thai selamatkan 260 mangsa sindiket tipu dari MyanmarFeb 14, 2025 | 2:21 PM
