Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia berjaga-jaga selepas serangan di Ulu Tiram

May 24, 2024 | 12:53 PM
Unit antipengganasan Indonesia
Unit antipengganasan Indonesia terus berjaga-jaga memantau kegiatan ekoran serangan ke atas sebuah balai polis di Ulu Tiram, Johor. - Foto FACEBOOK DENSUS 88

JAKARTA: Unit antipengganasan Indonesia, Densus 88, mengesahkan komitmennya untuk memantau kegiatan keganasan di negara itu dengan berhati-hati berikutan serangan ke atas balai polis di Malaysia pada 17 Mei.

Jurucakapnya, Pesuruhjaya Aswin Siregar, menekankan dedikasi tidak berbelah bahagi unit itu, untuk mengesan rangkaian pengganas dan pergerakan mereka.

“Densus 88 kekal teguh dalam kesediaannya untuk memantau secara rapi kegiatan keganasan,” katanya, seperti dipetik portal berita, Kompas.com.

Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada peningkatan yang diperhatikan dalam tahap ancaman pengganas di Indonesia, berdasarkan analisis unit itu.

Pada 17 Mei, dua pegawai polis maut dan seorang lagi cedera dalam serangan oleh suspek berusia 21 tahun, di Balai Polis Ulu Tiram di Johor, sebuah negeri di selatan Malaysia.

Walaupun pada awalnya terdapat kecurigaan yang dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), namun hasil siasatan lanjut polis mengesahkan suspek bukan anggota JI.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki terbabit dalam serangan mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi itu, bukan anggota JI.

“Ya suspek disahkan bukan anggota JI. Dapatan ini hasil siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Mengenai motif serangan, Tan Sri Razarudin berkata, ia masih lagi dalam siasatan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di Johor, pada 17 Mei berkata, siasatan polis mendapati suspek dalam kes itu bertindak sendirian, didorong motivasi dan fahamannya sendiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg