Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia gantung levi produk nikel, wujudkan indeks bagi kurangi turun naik harga

May 31, 2023 | 04:00 PM



JAKARTA: Indonesia, negara pengeluar nikel terbesar dunia, telah menggantung rancangan untuk mengenakan cukai eksport ke atas produk nikel sedang ia mewujudkan indeks bagi mengurangkan turun naik harga yang dikaitkan dengan tanda aras Bursa Logam London (LME), kata seorang pegawai kanan pemerintah pada Selasa.


Pemerintah Indonesia merancang melancarkan indeks harga nikel menjelang hujung 2023 dan mahu ia dilaksanakan sebelum meneruskan levi eksport, kata Encik Septian Hario Seto, pegawai kanan di kementerian penyelaras pelaburan, dalam persidangan SMM Nikel-Kobalt di Jakarta.

Indeks tersebut boleh digunakan bagi mengira royalti dan sebarang levi eksport, kata beliau.

“Menjelang hujung tahun ini, indeks berkenaan akan diperkenalkan. Kami masih meminta cadangan daripada setiap penyedia indeks. Kami akan meneliti mana satu yang terbaik,’‘ tambahnya kepada para wartawan selepas persidangan itu.

Indonesia menghasilkan pelbagai produk nikel, kebanyakannya adalah gred ketulenan rendah daripada produk asas bagi kontrak tanda aras nikel global di LME.

Langkah memperkenalkan indeks tersebut timbul sebagai respons daripada para pengguna, pengeluar dan pedagang selepas LME menggantung urus niaga nikel selama lebih seminggu pada Mac 2022 sedang harga menjulang mencecah rekod tertinggi, ujar Encik Septian.

Sejak kejadian di LME tahun lalu, kami menerima banyak maklum balas daripada para pelabur logam tersebut,’‘ jelasnya.

Beliau menekankan bahawa indeks tersebut perlu diperkenalkan kerana diskaun antara harga nikel di LME dan harga pasaran logam nikel yang didagangkan di dunia keluaran Indonesia amat terdedah kepada turun naik harga.

Indeks yang dirancangkan itu termasuk logam olahan nikel, campuran mendakan hidroksida, dan mungkin nikel matte.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >