Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia larang pelawat dari 14 negara gara-gara Omicron

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Pelawat dari 14 negara dilarang memasuki Indonesia di bawah satu sekatan perjalanan bagi mengurangkan risiko penyebaran jangkitan varian Omicron Covid-19, yang sedang menular.



Antara 14 negara itu ialah Afrika Selatan, Botswana, Norway, Perancis, Angola, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini, Lesotho, United Kingdom (UK), dan Denmark.



Larangan itu berkuat kuasa Jumaat lalu.



"Sekatan itu juga dikenakan ke atas pelancong luar negara yang transit di negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari lalu," kata Encik Agus Listiyono, daripada pasukan yang mengetuai petugas Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Jakarta.



Senarai itu diperkenalkan akhir November tahun lalu apabila Afrika Selatan mula melaporkan lonjakan kes baru Covid-19 yang dikaitkan dengan varian Omicron.



UK dan Denmark dimasukkan ke dalam senarai tersebut kerana kededuanya mencatakan lebih 10,000 kes, kata Encik Agus, sambil menambah bahawa sesiapa melanggar larangan itu berisiko dihantar pulang.



Warga Indonesia yang pulang dari 14 negara itu dikehendaki mengasingkan diri selama 10 hari, tambahnya.



Indonesia mencatat 254 kes Omicron sejak pertengahan bulan lalu, kebanyakannya menunjukkan simptom ringan atau tanpa simptom, menurut laporan Kementerian Kesihatan Indonesia.



Kes baru Covid-19 di Indonesia menunjukkan trend meningkat sejak dua minggu lalu dan jumlah harian melebihi 500 kes sejak dua hari lalu.



Negara itu mencatat sebanyak 4.27 juta kes Covid-19, dengan 144,121 kematian, sejak pandemik itu bermula.



Indonesia akan memperkenal suntikan penggalak vaksin Covid-19 bagi orang ramai mulai hari ini, umum Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, kelmarin, di tengah-tengah jangkitan Omicron semakin merebak.



"Presiden Indonesia telah memutuskan program (suntikan panggalak) ini akan dimulakan pada 12 Januari," ujar beliau.



Pekerja kesihatan, terutamannya, diberi dos penggalak sejak Julai lalu.



Orang dewasa dijadualkan menerima suntikan penggalak mereka setelah enam bulan mengambil suntikan kedua.



Kira-kira 21 juta penduduk bakal menerima suntikan penggalak bulan ini, kata Encik Budi.



Indonesia telah memberi vaksin sepenuhnya kepada 42 peratus daripada 270 juta penduduknya, menggunakan suntikan daripada Sinovac Biotech, Pfizer atau Moderna.



Encik Budi memberitahu akhbar tempatan bahawa negara itu memerlukan 230 juta dos penggalak dan telah memperoleh hampir separuh daripadanya.



Varian Omicron telah menjangkiti lebih 150 orang di Indonesia sejak ia mula dikesan bulan lalu, dan kebanyakan mereka ialah pelancong luar negara.



Menurut Encik Budi, enam daripada kes itu berpunca daripada penularan tempatan di Jakarta, Surabaya, Medan dan Bali.



Indonesia bergelut dengan gelombang kedua teruk Covid-19 mulai Julal lalu, tetapi jumlah tersebut telah berkurangan sejak itu. - Agensi berita.




"Presiden Indonesia telah memutuskan program (suntikan panggalak) ini akan dimulakan pada 12 Januari."
- Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, di tengah-tengah jangkitan Omicron semakin merebak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >