Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia perlu tangani harga barang naik jelang Ramadan

Mar 04, 2024 | 01:52 PM



PADANG (Sumatera Barat): Menteri Dalam Negeri, Encik Tito Karnavian, menggesa para gabenor, ketua daerah dan datuk bandar di negara itu, supaya menjangkakan inflasi menjelang Ramadan.


“Saya meminta ketua-ketua wilayah segera bertindak untuk menekan inflasi yang tinggi di wilayah, dan mengumpul data di Badan Pusat Statistik (BPS) dan Kementerian Dalam Negeri,” kata Encik Karnavian di sini pada 3 Mac.

Menurutnya, terdapat dua masalah yang mencetuskan inflasi di sesuatu kawasan.

Pertama, kekurangan bekalan dan lonjakan permintaan dalam masyarakat. Pada Ramadan dan Aidilfitri, harga makanan seperti beras, daging ayam, telur, dan sebagainya akan melambung tinggi.

Justeru, beliau meminta setiap ketua wilayah agar mengambil tahu mengenainya.

“Harap maklum dan segera tingkatkan bekalan bahan penting itu. Kemudian, pengagihan mesti dilakukan dengan lancar,” katanya.

Pada kesempatan berasingan, Ketua BPS Sumatera Barat, Encik Sugeng Arianto, berkata inflasi di wilayah itu mencapai 3.32 peratus pada Februari 2024 secara tahunan.

Jelas beliau, inflasi itu berpunca daripada kenaikan harga dalam beberapa kumpulan perbelanjaan.

“Inflasi ini disebabkan oleh kenaikan harga kumpulan perbelanjaan makanan, minuman, dan tembakau iaitu sebanyak 6.84 peratus,” kata Encik Arianto.

Kumpulan lain yang mendorong kepada inflasi ialah pakaian dan kasut sebanyak 2.01 peratus, perumahan, air, elektrik dan bahan api isi rumah sebanyak 1.65 peratus.

Tambahan pula, alat penyelenggaraan isi rumah meningkat sebanyak 0.59 peratus, kesihatan sebanyak 2.88 peratus, pengangkutan sebanyak 1.39 peratus, dan kumpulan perkhidmatan maklumat, komunikasi dan kewangan sebanyak 0.07 peratus.

Terdahulu pada 2 Mac, Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi mengarahkan pasukan kawalan inflasi serantau (TPID), khususnya di Jawa agar memastikan bekalan makanan stabil dan mengekalkan harga menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Timbalan Penyelarasan Makroekonomi dan Kewangan, Encik Ferry Irawan, berkata permintaan yang meningkat menyebabkan kenaikan harga bagi komoditi makanan tertentu.

“Justeru, TPID di Jawa diharap akan terus memantau bagi memastikan bekalan dan harga makanan dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan portal berita, Antara.

Beliau berkata kadar inflasi di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur iaitu pusat pengeluaran makanan di pulau Jawa lebih tinggi berbanding wilayah lain. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >