Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia pulangkan kereta api buatan China kerana gagal beroperasi tanpa pemandu

Nov 15, 2024 | 12:41 PM
Indonesia akan memulangkan kereta api transit pantas tanpa pemandu (ART) buatan China selepas kereta api itu gagal beroperasi secara autonomi semasa percubaan pada September dan Oktober di Nusantara.
Indonesia akan memulangkan kereta api transit pantas tanpa pemandu (ART) buatan China selepas kereta api itu gagal beroperasi secara autonomi semasa percubaan pada September dan Oktober di Nusantara. - Foto IKN

JAKARTA: Indonesia akan memulangkan kereta api transit pantas tanpa pemandu (ART) buatan China selepas kenderaan itu gagal beroperasi secara autonomi semasa percubaan pada September dan Oktober di Ibu Kota Nusantara (IKN).

ART adalah sistem pengangkutan awam pintar menggunakan penderia dan roda getah serta boleh beroperasi dengan atau tanpa trek.

Ia dihasilkan firma milik pemerintah China, Railway Rolling Stock Corporation (CRRC).

Pengarah Pembangunan Ekosistem Digital Penguasa IKN, Encik Tony Agus Setiono, berkata pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi memulangkan kereta api itu ke China.

“Pemulangan akan dilaksana tahun ini (2024). Bagaimanapun, ia bergantung pada Kementerian Pengangkutan sama ada mahu meneruskan (projek) itu atau tidak,” kata Encik Tonny.

Penguasa IKN menjalankan percubaan ke atas kereta api ART dari 12 September hingga 22 Oktober di Daerah Pemerintah Pusat Nusantara.

Timbalan Transformasi Hijau dan Digital Penguasa IKN, Encik Mohammed Ali Berawi, berkata pasukan penilai mendapati mod tanpa pemandu tidak berfungsi seperti yang diharapkan kerana pemandu masih perlu mengawalnya dalam situasi kecemasan.

Pemandu juga masih perlu memegang stereng dan perlu bersedia untuk beralih daripada kawalan automatik kepada manual.

Selain itu, sistem brek gagal menunjukkan keupayaan brek secara automatik, memperlahankan atau mengeluarkan amaran apabila halangan atau objek melintas di hadapan kereta api.

Kementerian Pengangkutan berkata pemerintah tidak akan mengalami sebarang kerugian jika projek itu dihentikan kerana vendor ART menanggung kos uji cuba itu.

Projek perolehan tiga unit ART bernilai 210 bilion rupiah ($17.7 juta). – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg