Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sistem LRT baru kurangkan trafik, pencemaran di Jakarta

Aug 28, 2023 | 7:35 PM
ATASI PENCEMARAN: Sistem Lintas Rel Sepadu (LRT) sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat kepada bandar satelit di Jawa Barat, Bekasi dan Depok. 
ATASI PENCEMARAN: Sistem Lintas Rel Sepadu (LRT) sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat kepada bandar satelit di Jawa Barat, Bekasi dan Depok.  - Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, pada Isnin melancarkan landasan kereta api pertama Jabodebek (Jakarta-Bogor-Depok-Bekasi) atau LRT Greater Jakarta, dengan menganggap projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.

Sistem Lintas Rel Sepadu (LRT) sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat kepada bandar satelit di Jawa Barat, Bekasi dan Depok.

Orang ramai di kawasan Jabodebek sering kali menggunakan Laluan Komuter sepanjang 418 kilometer yang menawarkan khidmat kepada sekitar 1.2 juta penumpang setiap hari.

Jakarta telah disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia sejak Mei dan awal Ogos tahun ini, mendahului carta yang dikumpul syarikat teknologi mutu udara Switzerland, IQAir.

Encik Widodo yang turut dikenali sebagai Jokowi menyalahkan pencemaran lalu lintas jalan raya yang berlebihan dan industri yang menggunakan arang batu.

Menurutnya, hampir sejuta kenderaan memasuki Jakarta setiap hari.

“Jakarta sudah lama berada dalam senarai 10 bandar teratas dengan kesesakan lalu lintas yang paling teruk,” kata Encik Widodo.

“Kesesakan lalu lintas dan pencemaran sudah lama wujud di Jakarta,” tambahnya.

Ibu kota itu yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 19 juta, juga mempunyai landasan kereta api cepat bawah tanah sepanjang 16 kilometer yang menghubungkan kawasan selatan ke pusat bandar Jakarta.

Indonesia telah mula membina sebuah bandar baru di pulau Borneo yang dipanggil Nusantara untuk menggantikan Jakarta yang sesak sebagai ibu kota ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Projek itu yang belum mempunyai tempoh masa untuk disiapkan merupakan sebahagian daripada legasi Encik Widodo sedang beliau bersiap sedia untuk meninggalkan pejabat pada 2024. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg