Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia rekod 6,223 kes Covid-19 aktif dalam seminggu

Dec 13, 2023 | 02:05 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati di tengah-tengah peningkatan kes subvarian baharu Covid-19 baru-baru ini.


Ini termasuk di dalam negara mahupun seluruh dunia, sambil meyakinkan orang ramai mengenai ketersediaan vaksin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Cik Siti Nadia Tarmizi, memberitahu akhbar The Jakarta Post, pada 12 Disember bahawa jumlah jangkitan koronavirus telah meningkat “daripada sebelum ini hanya 10 hingga 20 kes seminggu kepada 276 kes minggu lalu”.


Menurut Cik Siti Nadia, EG.5, secara tidak rasmi digelar ‘Eris’, dan EG.2 telah menjadi subvarian Omicron yang dominan, di Indonesia.

Namun, beliau tidak menyatakan berapa banyak kes yang disahkan telah dikaitkan dengan subvarian itu.

Jangkitan EG.5 menunjukkan gejala yang serupa dengan subvarian lain, termasuk demam, keletihan, hidung berair dan sakit tekak.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Indonesia mencapai 6,223 kes setakat 12 Disember, meningkat 0.1 peratus berbanding minggu sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan.

Data dari laman web kementerian menunjukkan, jumlah kes Covid-19 di negara itu mencapai 6,815,576 setakat 12 Disember, meningkat 298 kes berbanding minggu sebelumnya.

Daripada jumlah keseluruhan pesakit, sekurang-kurangnya 6,647,428 orang diisytiharkan sembuh, manakala 161,926, atau bersamaan 2.4 peratus, meninggal dunia akibat penyakit itu.

Pada Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan subvarian Omicron EG.5 dan subgarisan HK.3 dan HV.1 sebagai Varian Perlu Perhatian (VOI).

VOI adalah kurang serius berbanding Varian Membimbangkan (VOC) pada sistem klasifikasi agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Secara am, ia menggambarkan kelaziman relatif subvarian berbanding yang lain, yang beredar di sesebuah kawasan atau wilayah.


Potensi perubahan epidemiologinya “juga mencadangkan risiko yang muncul untuk kesihatan awam global”.


WHO berkata tiada bukti setakat ini bahawa EG.5 menyebabkan gejala lebih serius tetapi menyatakan bahawa penilaian risiko yang lebih menyeluruh pada subgarisan EG.5 yang muncul seperti HK.3 dan HV.1 diperlukan.

Cik Siti Nadia menasihatkan orang ramai yang kurang sihat serta warga emas supaya memakai pelitup dan mereka yang mempunyai gejala perlu berjumpa doktor atau pekerja kesihatan lain.

Beliau turut menekankan bahawa Indonesia mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dan menggalakkan semua agar melengkapkan vaksin dua dos mereka terhadap Covid-19, walaupun beliau tidak menyebut keberkesanan vaksin terhadap subvarian baru itu.

Kementerian juga menggesa orang ramai supaya “menangguhkan perjalanan ke negara yang kini mengalami lonjakan kes Covid-19”, tambah Cik Siti Nadia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >