Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Doktor gesa orang ramai lindungi diri sedang kes selesema, Covid-19 meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor gesa orang ramai lindungi diri sedang kes selesema, Covid-19 meningkat

Dec 12, 2023 | 08:00 PM



Doktor di Singapura menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan vaksin serta menggunakan pelitup bagi mengurangkan peningkatan jangkitan pernafasan akut, termasuk Covid-19, influenza dan selesema yang biasa berlaku menjelang akhir tahun. 

Kedua-dua Healthway Medical, yang mempunyai rangkaian terbesar dengan lebih daripada 120 klinik perubatan umum (GP), dan Parkway Shenton, dengan 55 klinik GP, berkata mereka telah melihat peningkatan 30 peratus dalam jangkitan pernafasan. Raffles Medical, dengan 43 klinik GP, juga telah melihat peningkatan dalam penyakit tersebut.

Data Kementerian Kesihatan (MOH) terkini bagi minggu berakhir 2 Disember menunjukkan purata 2,970 kes sehari dilihat di 25 poliklinik sekitar Singapura – berbanding median lima tahun sebanyak 2,009 kes harian untuk 2018 hingga 2022 bagi tempoh yang sama.

Jumlah kes yang dicatat tahun ini masih lebih rendah daripada 3,000 hingga 3,500 sehari pada tahun-tahun prapandemik, menurut laporan akhbar The Straits Times.


Namun begitu, ia merupakan satu peningkatan ketara setelah Singapura menyaksikan kadar jangkitan yang rendah selama hampir tiga tahun disebabkan oleh langkah berjaga-jaga yang diambil terhadap Covid-19.

Pada 2020 dan 2021, poliklinik di sini menyaksikan kurang daripada 1,000 kes sehari pada awal Disember.

Pakar penyakit berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Hsu Li Yang, berkata:

“Pada musim cuti ini, apabila jangkitan saluran pernafasan (URTI) – termasuk kes Covid-19 – meningkat, adalah penting untuk memikirkan tentang orang lain.

“Pakai pelitup di tempat yang sesak, jangan keluar rumah jika tidak sihat, dan dapatkan suntikan selesema terkini serta penggalak Covid-19 untuk mengelakkan rancangan perjalanan anda terganggu.”

Dr Jonathan Tan, seorang doktor keluarga di Healthway Medical, berkata: “Kami biasanya melihat lebih banyak jangkitan pernafasan pada akhir tahun. Walau bagaimanapun, tahun ini, kita melihat peningkatan yang lebih besar dalam bilangan jangkitan saluran pernafasan atas.

“Mujur, majoriti kes adalah ringan dan boleh dirawat sebagai pesakit luar.”

Beliau juga menasihatkan supaya orang ramai sentiasa mendapatkan suntikan vaksin influenza dan Covid-19 terkini dan menggunakan pelitup, terutamanya di tempat yang sesak.

Vaksin Covid-19 adalah percuma di Singapura, begitu juga vaksin influenza bagi mereka yang telah mendaftar di bawah daya usaha nasional seperti SG Lebih Sihat atau Healthier SG.


Bilangan sebenar mereka yang menghidap influenza agak rendah, dengan majoriti menghidap selesema biasa. 

MOH, yang menjejak jangkitan influenza bagi mengesan kemungkinan berlakunya pandemik, berkata:

“Perkadaran pesakit dengan penyakit seperti influenza di kalangan mereka yang ke poliklinik untuk jangkitan pernafasan akut ialah sebanyak 0.5 peratus.”

Daripada jumlah kecil ini dengan penyakit seperti influenza, hanya 11.5 peratus diuji positif untuk virus selesema sejak empat minggu lalu.

Pengarah perubatan di Raffles Medical, Dr Chng Shih Kiat, berkata sesetengah pesakit yang dilihat di kliniknya perlu diberi ubat antivirus walaupun majoriti pesakit mempunyai simptom yang agak ringan.

​Beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dengan diet seimbang dan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran yang mencukupi.

​“Ia juga penting untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dan kekal hidrat. Bersenam dengan kerap, tetapi jangan terlalu banyak bersenam dengan rutin senaman yang terlalu bersemangat. Apabila melancong, pakai pelitup, terutamanya di tempat yang sesak,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >