Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kes Covid-19 di M’sia naik hampir seganda

Dec 12, 2023 | 7:06 PM
MASIH TERKAWAL: Walaupun kes Covid-19 meningkat, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan kemudahan penjagaan kesihatan.
MASIH TERKAWAL: Walaupun kes Covid-19 meningkat, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan kemudahan penjagaan kesihatan. - Foto ST

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,796 kes pada minggu 26 November hingga 2 Disember, naik daripada 3,626 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke kemudahan kesihatan, termasuk pesakit disyaki menghidap Covid-19, adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk, dengan satu bagi setiap 100,000 penduduk hanya bergejala ringan.

Kadar penggunaan katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala kadar penggunaan katil bagi kes tidak kritikal adalah 1.1 peratus, tambahnya, lapor The Straits Times (ST).

Dr Muhammad Radzi menambah bahawa 72.9 peratus daripada Varian Membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.

“Sejauh ini, tiada varian baru dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang tersebar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk,” katanya dalam kenyataan pada 11 Disember.

Dr Muhammad Radzi turut menjelaskan walaupun kes Covid-19 meningkat, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Peningkatan kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia. Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan dan varian Covid-19, serta bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg