Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Indonesia sambut Ramadan tanpa sekatan Covid-19

Semua masjid boleh jalankan solat berjemaah tanpa batas; jemaah tidak perlu pakai pelitup
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Umat Islam di Indonesia menjalani ibadah di bulan suci Ramadan dengan menunaikan solat berjemaah dan beberapa aktiviti tradisi, setelah tiada lagi sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan pada 2022.



Semua masjid boleh menjalankan solat berjemaah tanpa batas - buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan sejak mulanya pandemik hampir tiga tahun lalu.



Para jemaah juga tidak lagi diwajibkan memakai pelitup.



Para jemaah di masjid-masjid mengatakan mereka berasa lega setelah tiada lagi larangan, termasuk batas bilangan berjemaah dan pergerakan.



"Melaksanakan solat lebih selesa berbanding beberapa tahun lalu kerana kami bebas dari sebarang sekatan," kata Encik Ahmad Mualim Ade, salah seorang jemaah di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di negara itu.



"Tiada lagi batas di masjid-masjid. Semua masjid kini boleh menerima seberapa ramai jemaah yang mereka mahu.



"Keadaan lebih baik selepas pelaksanaan pembatasan kegiatan masyarakat (PPKM) di Indonesia ditarik balik," ujarnya.



Semasa ibu kota Indonesia itu menguatkuasakan peraturan Covid-19 pada 2022, Masjid Istiqlal hanya membenarkan 10,000 jemaah melakukan solat di situ.



Tahun ini, selepas pemerintah memansuhkan peraturan tersebut, masjid itu membenarkan sehingga 150,000 jemaah solat di dalam dewan solat pada satu-satu masa.



KEGIATAN TRADISI



Pada hari-hari menjelang Ramadan, ramai umat Islam menziarahi tanah perkuburan untuk memperingati mereka yang sudah meninggal dunia.



"Bagi saya, ini adalah untuk mengingatkan diri kita bahawa kita juga akan kembali kepada Allah dan kelak akan bersemadi di pusara," kata seorang penduduk Jakarta, Encik Yusuf Anuari, semasa beliau dan keluarga menziarahi perkuburan almarhum kedua orang tuanya di tanah perkuburan Karet Tengsin.



"Kami (ziarah kubur) sebelum mula bulan puasa, supaya kami dapat menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan penuh khusyuk."



Minggu lalu, ratusan penduduk di Jakarta Selatan menyertai acara perarakan obor, bagi mengalu-alukan ketibaan bulan puasa.



Tradisi yang sudah turun-temurun di Indonesia ini, tidak dapat dilakukan selama dua tahun semasa wabak Covid-19, tetapi kembali lagi pada 2022 setelah negara itu bebas dari fasa pandemik.



WASPADA



Pada 30 Disember 2022, pemerintah membatalkan semua sekatan terhadap kegiatan awam dengan memaklumkan bahawa pandemik sudah dapat dikawal dan sebahagian besar rakyat Indonesia sudah mendapatkan suntikan melawan Covid-19.



Bagaimanapun, pemerintah mengingatkan bahawa ia akan melaksanakan semula sekatan jika jumlah jangkitan meningkat.



Justeru itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya berwaspada demi mencegah meningkatnya lagi kes Covid-19.



Para jemaah berharap agar tempat-tempat beribadah juga turut memainkan peranan dengan memantau keadaan kesihatan para jemaah yang datang untuk melakukan solat.



"Kalau tidak sihat, batuk atau selesema, lebih baik diam di rumah sahaja, supaya semua orang selesa melaksanakan ibadah," kata Cik Wahidayah, seorang lagi jemaah di Masjid Istiqlal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >