Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia sasar kurangkan perkahwinan kanak-kanak

Nov 20, 2023 | 12:48 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar perkahwinan kanak-kanak kepada 8.74 peratus pada 2024 dan 6.94 peratus pada 2030, kata Ketua Sub-Direktorat Pembangunan Keluarga, Kementerian Ehwal Agama, Encik Agus Suryo Suripto.


“Kami menyasarkan kadar perkahwinan kanak-kanak turun kepada 8.74 peratus pada 2024 dan 6.94 peratus pada 2030,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor agensi berita rasmi Antara.


Bagi mencapai sasaran tersebut, kementerian berkenaan telah menjalankan program Bimbingan Remaja Usia Sekolah (BRUS), untuk memasyarakatkan pendidikan perancang keluarga untuk remaja.

“Kami berharap program ini dapat memberi kesan kepada kemajuan negara,” katanya.

Encik Suripto berkata perkahwinan kanak-kanak merupakan isu serius yang memberi kesan negatif kepada kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak.

Dalam jangka masa panjang, ia juga boleh menyebabkan masalah terbantut, keciciran sekolah dan kes keganasan rumah tangga.

Beliau berharap program itu juga dapat memberi kefahaman kepada remaja tentang kepentingan berkahwin pada masa yang sesuai, dan menjaga kesihatan reproduktif.

Berdasarkan tinjauan sosioekonomi Badan Statistik Indonesia, 1.2 juta kes perkahwinan kanak-kanak di Indonesia direkodkan.

Daripada jumlah itu, nisbah wanita berusia 20 tahun hingga 24 tahun yang berkahwin sebelum umur 18 tahun ialah 11.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak.

Ini bermakna sekitar seorang dalam sembilan wanita berusia 20 tahun hingga 24 tahun telah berkahwin semasa masih kanak-kanak.

Jumlah ini berbeza dengan lelaki, hanya seorang dalam 100 lelaki berumur 20 tahun hingga 24 tahun berkahwin semasa kanak-kanak.

Indonesia sebelum ini menaikkan had umur minimum perkahwinan melibatkan remaja perempuan kepada 19 tahun dalam usaha membendung perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak di negara itu.

Di bawah undang-undang semasa, kanak-kanak perempuan dibenarkan berkahwin pada usia 16 tahun dan lelaki pada usia 19 tahun.

Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh memohon kepada mahkamah agama atau pegawai tempatan untuk membenarkan perkahwinan anak perempuan mereka tanpa usia minimum.

Sebagai rekod, Indonesia berada di kedudukan kelapan dalam dunia mencatat jumlah perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan yang paling ramai, menurut badan amal berdaftar di England dan Wales, Girls Not Brides.

Girls Not Brides dikenali sebagai sebuah badan yang amat komited dalam menamatkan perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Badan Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (BKKBN) juga menolak tanggapan yang mengatakan perkahwinan awal lebih baik daripada seks bebas memandangkan masih wujud andaian sedemikian dalam kalangan masyarakat.

“Kita telah menempatkan tenaga pengajar perancang keluarga dalam bidang dan kumpulan aktiviti, seperti Pembangunan Keluarga Anak Kecil (BKB) dan Pembangunan Keluarga Remaja (BKR).

Usaha itu diharap menjadi peneraju memasyarakatkan pendidikan pembangunan keluarga dan menerapkan prinsip fungsi keluarga, kata Timbalan Kemakmuran dan Pemerkasaan Keluarga BKKBN, Encik Nopian.

Encik Nopian berkata usaha mengelak perkahwinan kanak-kanak dan seks bebas pada usia muda, adalah lebih berkesan dan strategik dijalankan dari awal, dengan penglibatan semua pihak termasuk media dan masyarakat, untuk menyebarkan maklumat berhubung risiko gaya hidup sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >