Indonesia susun semula program makanan percuma, jimat $3b susulan kenaikan harga minyak
Indonesia susun semula program makanan percuma, jimat $3b susulan kenaikan harga minyak
Mar 30, 2026 | 1:26 PM
Indonesia susun semula program makanan percuma, jimat $3b susulan kenaikan harga minyak
Kanak-kanak sekolah menikmati hidangan percuma di sebuah sekolah rendah di Depok, Jawa Barat, ketika pemerintah Indonesia menyusun semula Program Makan Bergizi Percuma (MBG) susulan tekanan ekonomi akibat konflik di Asia Barat. - Foto EPA
JAKARTA: Pemerintah Indonesia menetapkan Program Makanan Bergizi Percuma (MBG) akan diagihkan selama lima hari seminggu bermula 31 Mac, selaras dengan jadual persekolahan, dalam langkah penyesuaian bagi memastikan keberkesanan serta kelestarian program tersebut.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Tertinggi bersama Presiden Prabowo Subianto pada 28 Mac, sebagai sebahagian usaha menyesuaikan perbelanjaan negara susulan tekanan ekonomi global.
Laporan berkaitan
Kumpulan masyarakat sivil cabar program makanan percuma Prabowo di mahkamahMar 11, 2026 | 3:42 PM
Indonesia semak bajet makanan percuma apabila harga minyak cecah AS$100Mar 10, 2026 | 1:15 PM

