Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tahan 12 disyaki terlibat dalam dagangan organ manusia

Jul 21, 2023 | 03:19 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menahan 12 orang, termasuk seorang anggota polis dan seorang pegawai imigresen, kerana dituduh memperdagangkan 122 orang ke Kemboja untuk menjual buah pinggang mereka, kata pegawai pada Khamis.


Suspek didakwa melanggar undang-undang pemerdagangan manusia Indonesia dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga 600 juta rupiah ($53,000) jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh merekrut orang dari seluruh Indonesia melalui media sosial dan menghantar mereka ke Kemboja untuk pembedahan pemindahan buah pinggang, kata Encik Hengki Haryadi, pengarah unit siasatan jenayah di Polis Jakarta.

Mangsa dijanjikan 135 juta rupiah setiap seorang.

“Mangsa bersetuju untuk menjual organ mereka kerana kesempitan wang. Kebanyakan mereka kehilangan pekerjaan semasa wabak Covid-19,” kata Encik Hengki kepada pemberita.

Indonesia tidak asing dengan pemerdagangan manusia, melibatkan buruh dan selalunya melalui paksaan berasaskan hutang.

Pada 2019, pihak berkuasa telah menahan lapan orang berhubung kejadian pemerdagangan manusia terbesar di negara itu, dengan kira-kira 1,200 mangsa dibawa ke luar negara sebagai pembantu rumah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >