Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tambah import beras untuk turunkan harga di pasaran

Oct 10, 2023 | 11:39 AM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan menambah bekalan beras di pasaran domestik untuk mengekang harga pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga makanan ruji berikutan kemarau menjejaskan hasil tuaian di banyak pusat pengeluaran padi di seluruh negara.


Ini dlakukan dengan pemerintah bakal mengimport tambahan sehingga 2 juta tan beras untuk stok simpanan selain menstabilkan harga domestik.

Pemangku Menteri Pertanian, Encik Arief Prasetyo Adi, berkata jumlah itu adalah tambahan kepada kuota import beras sebanyak dua juta tan untuk 2023 dan tambahan 300,000 tan pemindahan daripada rancangan import 2022.

Encik Arief berkata, import beras disasarkan selesai selewat-lewatnya November 2023.

“Dua juta tan beras paling lambat November ini (2023),” kata Encik Arief dalam sidang akhbar di Kementerian Ehwal Luar Negeri, pada Isnin.

Beliau berkata secara realistik Indonesia mungkin hanya mampu memperoleh 600,000 tan daripada pelan import baharu itu sehingga akhir tahun.

Indonesia sebelum ini berkata negara itu sedang meneliti untuk mengimport sejuta tan dari China bagi meningkatkan bekalan simpanan.

Tidak dijelaskan dari mana selebihnya import akan diperoleh.

Kebiasaannya Indonesia membeli beras dari Thailand, Vietnam dan India. Pihak berkuasa berkata perbincangan mengenai potensi import juga diadakan dengan Kemboja dan Pakistan.

Langkah menambah import beras itu selaras dengan arahan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk Indonesia meningkatkan bekalan beras bagi pasaran dalam negeri.

Encik Jokowi memberi jaminan bahawa Indonesia mempunyai bekalan beras yang mencukupi di negara itu.

Ia juga meredakan kebimbangan mengenai bekalan berikutan harga makanan ruji itu mencecah paras tertinggi akibat tempoh kemarau dan pengeluaran yang rendah.

“Para petani beras gembira kerana harga beras meningkat... Mereka gembira, tetapi pengguna tidak,” kata Encik Jokowi semasa melawat proses menuai padi di Subang, Jawa Barat, pada Ahad.

Menurut data September 2023 dari Badan Pusat Statistik Indonesia, harga beras mencapai 7,386 rupiah (kira-kira $0.64) setiap kilogram, peningkatan sebanyak 9.3 peratus daripada 6,760 rupiah setiap kilogram pada Ogos 2023.

Encik Jokowi menjelaskan bahawa peningkatan semasa dalam harga beras menyebabkan kenaikan harga beras di pasaran domestik dan keadaan ini katanya perlu dihadapi dengan cermat.

“Kita akan mengatasi keadaan ini dengan menyediakan sebanyak mungkin bekalan beras ke pasaran untuk menurunkan harga beras,” kata Encik Jokowi.

Beliau mendapati strategi tersebut berkesan dalam menurunkan harga beras di Pasar Borong Beras Cipinang di Jakarta.

“Di Pasar Cipinang, harga beras sudah turun. Namun, kita berharap harga pada tahap pengguna juga akan menurun,” ujar Encik Jokowi..

Beliau turut memberi jaminan bahawa simpanan nasional beras mencukupi di gudang perusahaan logistik makanan milik pemerintah Bulog, telah mencapai 1.7 juta tan.

“Kerana fenomena El Niño, pengeluaran beras telah berkurangan. Tetapi ini bukan masalah kerana simpanan kita di Bulog juga cukup besar,” kata Encik Jokowi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >