Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia 'tidak akan belas kasihan' ke atas firma sebabkan kebakaran hutan

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan mengambil tindakan tegas terhadap firma-firma yang didapati menyebabkan kebakaran hutan di negara itu, demikian amaran dari Menteri Alam Sekitar, Cik Siti Nurbaya Bakar.



Beliau dipetik sebagai berkata demikian pada Rabu lalu, oleh agensi berita rasmi, Antara, yang mengatakan "tidak ada belas kasihan" terhadap mereka yang didapati berbuat demikian.



"Jika berlaku kebakaran hutan disebabkan (aktiviti) sektor swasta, tidak ada belas kasihan (terhadap firma itu)," kata Cik Siti Nurbaya, dalam satu sidang akhbar di sini.



Beliau menambah, firma-firma akan "segera diberi amaran" sebaik saja titik panas kebakaran dikenal pasti di ladang mereka.



"Sebaik sahaja titik panas dikesan (di kawasan milik mereka), kami akan segera memberi amaran (kepada mereka)," kata beliau.



Menteri Penyelaras Politik, Undang Undang dan Ehwal Keselamatan, Encik Mohammad Mahfud Mahmodin, juga meminta firma-firma yang mengendalikan pengurusan hutan supaya membantu menangani kebakaran hutan.



"Jika (bencana ini) berlaku, padah atau kerugian yang dialami akan turut menjejas syarikat-syarikat itu," kata Encik Mahfud yang dilaporkan berkata demikian.



Agensi berita rasmi Antara, pada Rabu lalu, melaporkan bahawa pemerintah Indonesia telah mengenakan tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan kebakaran hutan dan pemusnahan kawasan di negara itu.



Laporan itu menyebut tindakan undang-undang yang diambil oleh pemerintah ke atas syarikat PT Agri Bumi Sentosa, di mana 1,500 hektar kawasan telah musnah di Kalimantan Selatan pada 2019.



Syarikat itu telah diminta membayar pampasan sejumlah 160.69 bilion rupiah (S$14.05 juta) dan mengarahkannya memulihkan sekitaran yang menelan belanja 591.55 bilion rupiah.



Semasa terjadinya bencana jerebu di Asia Tenggara pada 2019, ribuan kebakaran berpunca dari Indonesia, ekoran aktiviti membersihkan ladang.



Laporan-laporan media menyebut, sekitar 900,000 rakyat Indonesia dilaporkan mengalami masalah sesak nafas, akibat jerebu dalam masa sembilan bulan pertama tahun itu.



Agensi Kebangsaan Pengurusan Bencana Indonesia, (BNPB) juga telah membuat persediaan untuk membantu mencegah kebakaran hutan di negara itu.



Ini termasuk operasi darat ke udara, dan menumpukan perhatian terhadap enam wilayah yang sering mengalami bencana itu - Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Selatan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >