JAKARTA: Pemerintah Indonesia merancang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah rendah bermula tahun akademik 2027 dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan serta mempersiapkan pelajar menghadapi persaingan global.

Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah Indonesia, Encik Abdul Mu’ti, berkata pelaksanaan itu akan bermula untuk murid tahun tiga sekolah rendah di seluruh negara. Beliau mengumumkan dasar itu ketika merasmikan program pemulihan pendidikan di sebuah sekolah vokasional awam di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, pada 18 Mei.