Indonesia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank Indonesia umum tindakan tegas kawal kestabilan Rupiah

Apr 9, 2025 | 2:20 PM
Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo (tengah), memberi reaksi kepada para wartawan sebelum sidang media bersama para timbalannya di ibu pejabat Bank Indonesia, Jakarta, Indonesia, pada 15 Januari 2025.
Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo (tengah), memberi reaksi kepada para wartawan sebelum sidang media bersama para timbalannya di ibu pejabat Bank Indonesia, Jakarta, Indonesia, pada 15 Januari 2025. - Foto REUTERS

JAKARTA: Bank Indonesia berikrar untuk mengambil langkah tegas bagi mempertahankan kestabilan nilai rupiah yang jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Amerika Syarikat. Bank pusat akan campur tangan secara aktif dalam pasaran mata wang asing serta merta, pasaran kontrak hadapan domestik tanpa penyerahan Fizikal atau domestic non-deliverable forwards (DNDF), dan pasaran bon domestik.

Naib Gabenor Kanan Bank Indonesia, Cik Destry Damayanti, berkata kepada Reuters bahawa pergerakan dalam pasaran bon domestik pada 9 April menunjukkan pelabur masih menaruh keyakinan terhadap pasaran bon pemerintah Indonesia.

“Kami akan bertindak berani demi memastikan kestabilan rupiah,” tegas Cik Destry.

Pada pagi 9 April, nilai mata wang rupiah jatuh ke paras 16,970 berbanding satu dolar Amerika, menurut data LSEG, sebelum sedikit pulih menjelang tengah hari. Ini merupakan hari kedua berturut-turut rupiah mencatatkan kejatuhan ke paras terendah dalam sejarah.

Cik Destry menjelaskan bahawa kelemahan ini bukan hanya berlaku di Indonesia, malah turut melibatkan mata wang serantau lain yang terjejas akibat ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak.

“Ini berlaku susulan keputusan mendadak Presiden Trump untuk menaikkan tarif terhadap produk dari China sebanyak 104 peratus,” katanya. Namun beliau menegaskan bahawa ekonomi domestik Indonesia kekal berdaya tahan walaupun terkesan oleh tekanan luaran.

Pasaran kewangan Indonesia terkesan secara mendadak sejak 8 April, apabila dibuka semula selepas cuti panjang. Pengumuman dasar perdagangan baharu dari Amerika Syarikat telah mencetuskan kebimbangan pelabur, menyebabkan penjualan aset dan peningkatan tekanan terhadap mata wang tempatan.

Walaupun cabaran luaran terus membelenggu, Bank Indonesia menyatakan bahawa ia komited untuk terus menyokong kestabilan kewangan dan akan memastikan pasaran kekal berfungsi dengan teratur. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg