Indonesia siasat 2 eksekutif NU dalam kes rasuah libatkan mantan menteri agama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia siasat 2 eksekutif NU dalam kes rasuah libatkan mantan menteri agama

Jan 19, 2026 | 2:54 PM

Indonesia siasat 2 eksekutif NU dalam kes rasuah libatkan mantan menteri agama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Indonesia menerima 241,000 kuota haji pada 2024 - jumlah terbesar sejauh ini.
Indonesia menerima 241,000 kuota haji pada 2024 - jumlah terbesar sejauh ini. - Foto: Fail BH

JAKARTA: Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) sedang menyiasat kemungkinan penglibatan dua eksekutif Nahdlatul Ulama (NU) dalam kes rasuah yang didakwa berligar pada salah peruntukan kuota haji 2024 dan telah mengaitkan mantan menteri ehwal agama Encik Yaqut Cholil Qoumas.

Minggu lalu, penyiasat KPK dilaporkan telah menyoal siasat Encik Aizzudin Abdurrahman, ketua hal ehwal ekonomi dan alam sekitar di lembaga pusat NU dan Encik Muzakki Cholis, timbalan setiausaha cabang Jakarta.

Mereka disiasat sebagai saksi dalam kes melibatkan Encik Yaqut.

KPK berkata ia mempunyai maklumat bahawa Encik Muzakki mungkin telah menerima rasuah kerana bertindak sebagai perantara yang menghubungkan agensi pelancongan swasta yang menganjurkan program haji khas dengan pegawai kementerian ehwal agama supaya kuota haji bagi penyedia pelancongan meningkat.

“Kami mempunyai syak wasangka bahawa beliau mungkin bertindak sebagai orang tengah, pada dasarnya memudahkan inisiatif daripada penganjur haji khas atau agensi pelancongan untuk meningkatkan kuota mereka,” kata jurucakap KPK, Encik Budi Prasetyo.

“Penyiasat sedang menyiasat dakwaan aliran wang kepada Aizzudin dan kami mempunyai maklumat dan bukti lain yang mungkin membuktikan syak wasangka kami,” Tambah Encik Budi.

Namun, beliau tidak mendedahkan jumlah wang yang diterima oleh Encik Aizzudin.

Encik Muzakki dan Encik Aizzudin bukanlah suspek dalam kes berkenaan.

Encik Aizzudin sejak itu telah menafikan dakwaan beliau menerima sebarang wang yang berkaitan dengan kes itu, lapor Antara.

Kes tersebut tertumpu kepada dakwaan salah urus tambahan 20,000 slot haji yang diterima Indonesia daripada Arab Saudi pada 2024, meningkatkan jumlah kuota negara kepada 241,000 jemaah, yang terbesar sejauh ini.

Undang-undang Haji menetapkan bahawa kuota mesti dibahagikan 92 peratus kepada jemaah bersubsidi pemerintah yang ketika itu diuruskan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama.

Bakinya atau lapan peratus pula untuk skim khas berharga lebih tinggi yang dikendalikan oleh agensi pelancongan swasta.

Bagaimanapun, kementerian tersebut, yang ketika itu di bawah menteri berkenaan, didakwa mengagihkan kuota secara sama rata antara kedua-dua program mengerjakan haji tersebut, membolehkan agensi pelancongan menguruskan bahagian yang lebih besar.

Encik Yaqut dan bekas kakitangan khasnya Encik Ishfah Abidal Aziz dinamakan sebagai suspek pada 9 Januari.

Pengerusi NU, Encik Yahya Cholil Staquf, sebelum ini menegaskan bahawa NU “tidak terlibat” dalam dakwaan salah peruntukan dana dan “tindakan individu terlibat tidak mewakili organisasi”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg