Kajian: Pengganas wanita Indonesia bukan lagi pasif, kini aktif dan berpengaruh
Premium
Kajian: Pengganas wanita Indonesia bukan lagi pasif, kini aktif dan berpengaruh
Tujuh kategori wanita terdedah pada kegiatan ekstremisme – penyendiri, remaja bawah 18 tahun, usahawan, ahli akademik, sebahagian tentera, pekerja migran dan suri rumah
Jul 28, 2025 | 5:30 AM
Pegawai Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Dr Leebarty Taskarina (dua dari kiri) bersama panelis lain termasuk Ketua Pasukan Khas Antipengganas Polis Wilayah Bali, Densus 88, Pesuruhjaya Kanan Didik, Encik Novi Rahmanto (dua dari kanan), serta beberapa pakar pengganasan telah menyertai sesi perbincangan pada 4 Julai sempena pelancaran buku tulisan Dr Leebarty yang mengupas perubahan peranan banduan wanita dalam kegiatan pengganasan. - Foto BNPT
Satu kajian melibatkan 20 banduan wanita yang disabitkan dengan kesalahan pengganasan, yang dijalankan sarjana pencegahan pengganas, mencabar penceritaan media umum bahawa kemiskinan dan tahap pendidikan rendah adalah punca utama yang mendorong wanita menyertai rangkaian pengganas.
Kajian itu turut mendapati bahawa melibatkan bekas banduan wanita dalam program pemulihan berasas jantina yang memberi tumpuan pada kegiatan domestik tradisional seperti memasak atau menjahit adalah tidak sesuai dan tidak selaras dengan latar belakang serta keperluan sebenar mereka.
Laporan berkaitan
Indonesia isytihar JI ‘tinggal sejarah’, tumpuan kini bimbing bekas anggotaJul 2, 2025 | 11:24 AM
Remaja ditahan sebar eksremisme dalam talian di Sulawesi May 26, 2025 | 3:16 PM

