Konflk Asia Barat jejas 59,000 anggota jemaah umrah Indonesia di Saudi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konflk Asia Barat jejas 59,000 anggota jemaah umrah Indonesia di Saudi

Pemerintah gesa bakal jemaah tangguh ibadah dek keadaan keselamatan tidak menentu
Mar 2, 2026 | 10:41 AM

Konflk Asia Barat jejas 59,000 anggota jemaah umrah Indonesia di Saudi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jemaah umrah indonesia, masjidil haram
Umat Islam menunaikan solat Jumaat pada Jumaat pertama bulan suci Ramadan di Masjidil Haram, kota suci Makkah, Arab Saudi, pada 20 Februari. - Foto REUTERS

JAKARTA: Pemerintah Indonesia memantau rapi hampir 59,000 jemaah umrah rakyatnya yang kini berada di Arab Saudi susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan jadual penerbangan antarabangsa.

Ketua Pengarah Pelaksanaan Haji dan Umrah, Encik Puji Raharjo, berkata pihak berkuasa menjejak perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan meminta jemaah kekal tenang serta berhubung rapat dengan pengendali perjalanan masing-masing.

“Kami menasihatkan semua jemaah umrah supaya tidak panik. Kekal tenang dan terus berkomunikasi dengan penganjur perjalanan untuk mendapatkan maklumat rasmi serta terkini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut data, seramai 58,873 anggota jemaah Indonesia kini berada di Arab Saudi.

Ketegangan meningkat selepas tindakan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel menyerang beberapa bandar di Iran, diikuti serangan balas Teheran ke atas aset ketenteraan Amerika di negara Teluk.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ruang udara ditutup dan syarikat penerbangan mengubah laluan atau menangguhkan jadual sebagai langkah berjaga-jaga.

Perubahan itu menjejaskan jemaah yang berada di Arab Saudi serta bakal jemaah yang masih menunggu giliran berlepas di Indonesia.

Encik Puji berkata kementerian terus bekerjasama dengan pejabat Haji Indonesia di Jeddah, Konsulat Jeneral di Jeddah serta Kedutaan Indonesia di Riyadh bagi memastikan tindak balas pantas terhadap sebarang perkembangan.

“Keselamatan dan perlindungan jemaah adalah keutamaan kami. Koordinasi dengan pihak berkuasa Saudi dan agensi domestik diteruskan tanpa henti,” katanya.

Timbalan Menteri Agama Indonesia, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, turut menggesa bakal jemaah menangguhkan perjalanan buat sementara waktu kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu.

“Memandangkan situasi Asia Barat yang semakin dinamik dan sukar diramal, kami meminta jemaah yang dijadual berangkat dalam masa terdekat menangguhkan perjalanan,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu diambil sebagai langkah pencegahan bagi melindungi rakyat Indonesia.

Pemerintah juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan Pengendali Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) untuk memastikan jemaah yang terkandas akibat kelewatan penerbangan diberikan tempat tinggal yang selamat.

“Kami terus berkoordinasi supaya jemaah yang tertangguh kepulangannya dapat ditempatkan di hotel atau kemudahan lain yang selamat dan selesa,” kata Encik Dahnil.

Keluarga jemaah di Indonesia turut diminta tidak panik dan hanya merujuk maklumat rasmi kerajaan atau pengendali perjalanan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mencetuskan kebimbangan yang tidak perlu,” tambahnya.

Walaupun keadaan tegang, pemerintah menegaskan persiapan ibadah haji pada 2026 masih berjalan seperti biasa dan tidak terjejas setakat ini.

“Semua proses perancangan dan koordinasi haji masih mengikut jadual. Kami berharap keadaan kembali stabil tidak lama lagi,” kata Encik Dahnil.

Beliau menambah pemerintah akan terus memantau perkembangan dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta keselesaan jemaah terjamin.

Pemerintah Indonesia menegaskan sebarang perubahan dasar akan dibuat berasaskan keselamatan jemaah.

Kesan ketegangan serantau turut dirasai di lapangan terbang antarabangsa. Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali melaporkan lima penerbangan antarabangsa melibatkan 1,631 penumpang dibatalkan selepas beberapa negara Asia Barat menutup ruang udara. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg