Indonesia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki amuk, 3 jemaah ditikam ketika solat subuh di Indonesia

Apr 30, 2025 | 11:10 AM
Polis, kes tikam
Pelaku mengaku motif serangan adalah kerana dendam peribadi akibat pertikaian tanah.  - Foto PIXABAY

BOJONEGORO (Jawa Timur): Jemaah di sebuah surau berdepan detik menggemparkan selepas seorang lelaki mengamuk dan menikam tiga mangsa ketika mereka menunaikan solat subuh.

Kejadian itu berlaku di Musala Al-Manar, Rukun Tetangga (RT) 04 RW 02, Desa/Kecamatan Kedungadem, Kabupaten Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia, pada 29 April.

Pelaku dikenali sebagai Sujito, 67 tahun, dan tindakannya menyebabkan Ketua RT setempat, Encik Abdul Aziz, 63 tahun, meninggal dunia manakala dua yang lain cedera.

“Dua mangsa yang mengalami kecederaan ialah isteri mangsa, Cik Arik Wijayanti, 60 tahun, dan jiran mereka, Encik Cipto Rahayu, 60 tahun, yang kini dirawat di RSUD Bojonegoro.

“Saksi mendakwa Sujito datang ke musala itu sambil membawa sebilah parang ketika para jemaah bersiap menunaikan solat subuh.

“Encik Abdul diserang dari belakang dan tidak sempat mengelak. Jemaah lain menjerit ketakutan,” lapor Tribunnews.com.

Menurutnya, isteri mangsa cuba menghentikan tindakan pelaku, namun turut ditikam.

“Bahagian kepala Cik Arik cedera parah. Encik Cipto yang cuba menenangkan Sujito juga ditetak,” jelasnya lagi.

Sujito kemudiannya menyerah diri di Mapolsek Kedungadem dan parang yang digunakan telah dirampas sebagai barang bukti.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Dia mengaku motif serangan adalah kerana dendam peribadi akibat pertikaian tanah.

“Pelaku berang kerana tanah miliknya dijadikan jalan awam oleh Encik Abdul selaku Ketua RT,” menurut jurucakap polis, AKP Bayu Adjie Sudarmono. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg