Indonesia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut 18 nyawa, puluhan masih hilang

Nov 17, 2025 | 3:41 PM
Anggota penyelamat Indonesia mencari mangsa di lokasi tanah runtuh yang melanda Kampung Cibeunying pada 13 November, di Cilacap, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, 15 November 2025.
Anggota penyelamat Indonesia mencari mangsa di lokasi tanah runtuh yang melanda Kampung Cibeunying pada 13 November, di Cilacap, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, 15 November 2025. - Foto REUTERS

JAWA TENGAH: Tanah runtuh akibat hujan lebat di dua wilayah di Jawa Tengah minggu lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban, menurut pihak berkuasa pada 17 November, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Di Cilacap, tanah runtuh yang berlaku minggu lalu menimbus belasan rumah di Kampung Cibeunying. Ketua bahagian tempatan agensi mencari dan menyelamat, Encik M. Abdullah, berkata kejadian itu telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, manakala 7 lagi masih hilang.

Rakaman KompasTV pada 17 November menunjukkan jentolak digunakan untuk mengorek timbunan tanah di lokasi kejadian di Cilacap.

Dalam insiden berasingan, dua orang maut dan 27 hilang selepas tanah runtuh pada 15 November di Banjarnegara, juga di Jawa Tengah, menurut agensi pengurusan bencana pada 17 November.

Kira-kira 30 rumah dan kawasan pertanian turut rosak dalam kejadian itu, kata agensi berkenaan.

Usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar kerana mangsa dipercayai tertimbus sedalam 3 hingga 8 meter, menurut agensi tersebut.

Musim hujan di Indonesia bermula pada September dan dijangka berterusan hingga April, membawa risiko tinggi hujan ekstrem serta banjir, menurut agensi cuaca negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg