Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK DI SUDAN

Inisiatif Amerika, Arab Saudi cari huraian damai sengketa di Sudan

May 09, 2023 | 05:30 AM



KHARTOUM: Pertempuran boleh didengar hingga di selatan Khartoum pada Ahad, ketika utusan dari pihak yang bertelagah di Sudan, berada di Arab Saudi untuk rundingan yang diharapkan pengantara antarabangsa akan menamatkan konflik selama tiga minggu yang telah mengorbankan ratusan nyawa.



Inisiatif Amerika Syarikat-Arab Saudi itu adalah percubaan serius pertama untuk menamatkan pertempuran di antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera Sudan yang telah menjadikan sebahagian ibu kota negara itu ibarat zon perang.



"Mesyuarat menjelang rundingan rasmi bermula pada Sabtu.



"Mereka meneruskannya dalam beberapa hari, dengan harapan dapat mencapai persetujuan gencatan senjata jangka bagi memudahkan pengiriman bantuan kemanusiaan," kata satu kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.



Arab Saudi akan memberi peruntukan berjumlah AS$100 juta ($133 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan kepada Sudan, menurut stesen televisyen Arab Saudi, Al Ekhbariya, pada Ahad.



Perselisihan sejak pertengahan April lalu itu telah mengakibatkan ratusan orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera, mengganggu pengiriman bantuan dan sekitar 100,000 orang melarikan diri ke negara lain.



Cik Manahil Salah, seorang doktor makmal berusia 28 tahun, dalam penerbangan berpindah dari Port Sudan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), berkata keluarganya bersembunyi selama tiga hari di rumah mereka, berdekatan dengan ibu pejabat tentera di ibu negara, sebelum akhirnya dapat berpindah ke Pantai Laut Merah.



"Ya, saya gembira dapat terus hidup," katanya.



"Tetapi saya berasa sangat sedih kerana meninggalkan ibu dan bapa saya di Sudan, dan sedih kerana semua kesakitan ini berlaku di tanah air saya."



Ribuan orang berasak-asak untuk berlepas dari Port Sudan, menaiki bot ke Arab Saudi, membayar penerbangan komersial yang mahal melalui satu-satunya lapangan terbang yang berfungsi di negara itu, atau menggunakan penerbangan pemindahan.



"Kami bernasib baik dapat ke Abu Dhabi, tetapi apa yang berlaku di Khartoum, tempat saya menghabiskan seluruh hidup saya, adalah menyedihkan sekali," kata Encik Abdulkader, 75 tahun, yang juga menaiki penerbangan pemindahan ke UAE.



"Meninggalkan hidup anda dan kenangan anda adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan," katanya.



Sementara pihak pengantara mencari solusi perdamaian, kedua-dua pihak yang bertelagah saling menegaskan bahawa mereka akan hanya berunding mengenai bantuan kemanusiaan, dan bukan bagi menamatkan konflik.



Amerika dan Arab Saudi menggesa pihak yang bertelagah supaya menggunakan langkah rundingan terbaru itu bagi "mengatur semula jadual rundingan demi mencapai penyelesaian berkekalan," menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.



Mengesahkan kehadiran kumpulannya, pemimpin RSF, Encik Mohamed Hamdan Dagalo, yang biasa dipanggil Hemedti, berkata beliau berharap rundingan-rundingan itu akan dapat mencapai tujuan yang diharapkan bagi keselamatan orang awam.



Encik Hemedti berikrar sama ada untuk menangkap atau membunuh pemimpin tentera, Encik Abdel Fattah al-Burhan.



Terdapat tanda-tanda yang mengatakan, kedua-dua pihak yang bertelagah itu tidak bersedia untuk bertolak ansur bagi menamatkan pertumpahan darah.



Konflik itu bermula pada 15 April, berikutan gagalnya rancangan yang disokong masyarakat antarabangsa bagi peralihan demokrasi di Sudan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >