Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Insiden SQ 321: 43 pesakit masih di hospital Bangkok

May 25, 2024 | 4:54 PM
Terdapat tujuh pesakit yang terlibat dalam insiden SQ 321 berada dalam ICU Hospital Samitivej Srinakarin di Bangkok.
Terdapat tujuh pesakit yang terlibat dalam insiden SQ 321 berada dalam ICU Hospital Samitivej Srinakarin di Bangkok. - Foto AFP

Seramai 43 mangsa yang tercedera semasa gelora udara yang dialami pesawat Singapore Airlines (SIA), SQ 321 pada 21 Mei masih dirawat di hospital pada 25 Mei, kata pihak hospital yang merawat kebanyakan penumpang yang terjejas.

Akhbar The Straits Times memetik kemas kini yang diberi Hospital Samitivej Srinakarin bahawa seramai 34 penumpang kekal di hospitalnya sehingga tengah hari 25 Mei.

Lagi tujuh masih dirawat di Hospital Samitivej Sukhumvit dan dua lagi di Hospital Bangkok.

Seramai 34 yang dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin – terdiri daripada 15 lelaki dan 19 wanita – dan mereka berasal dari negara seperti Australia, Britain, Malaysia, dan Filipina.

Tujuh masih dirawat dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).

Hospital itu menambah bahawa dua pesakit telah dibenar keluar daripada Hospital Samitivej Srinakarin, sedang dua lagi pesakit dipindahkan daripada Hospital Samitivej Sukhumvit ke Hospital Samitivej Srinakarin untuk bersama dengan saudara-mara mereka yang juga dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan pada 24 Mei, seorang warega Singapura yang sebelum ini dalam ICU di sebuah hospital di Bangkok telah dibenar keluar hospital.

Samitivej merupakan sebuah kumpulan hospital privet yang biasanya memberikan khidmat kepada golongan berpendapatan tinggi dan golongan ekspatriat.

Pesawat SQ 321, yang menuju ke Singapura dari London, mengalami gelora udara yang mendadak dan teruk pada 21 Mei semasa melintasi Limbangan Irrawaddy di Myanmar.

Seorang penumpang warga britain berusia 73 tahun, Encik Geoffrey Kitchen – meninggal dunia sementara ramai yang lain cedera.

Akibatnya juruterbangnya terpaksa melencongkan pesawat Boeing 777-300ER yang membawa 211 penumpang dan 18 kru itu ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok selepas mengumumkan kecemasan perubatan, sebelum membuat pendaratan cemas pada 3.45 petang (4.45 petang waktu Singapura).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg