Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Internet terputus lepas bantahan persoal ribuan korban banjir Libya

Sep 20, 2023 | 02:07 PM



DERNA: Komunikasi terputus pada Selasa di bandar Derna di Libya yang dilanda banjir dan wartawan diminta beredar, sehari selepas ratusan membantah terhadap pihak berkuasa yang mereka persalahkan bagi beribu-ribu kematian.


Banjir kilat sebesar tsunami yang meruntuhkan dua empangan sungai usang di hulu bandar pada malam 10 September memusnahkan seluruh kawasan kejiranan dan menghanyutkan ribuan orang ke Laut Mediterranean.

Pautan telefon dan Internet yang disediakan oleh dua pengendali Libya di Derna terputus sejak 1 pagi Selasa, kata seorang wartawan selepas keluar dari bandar itu.

Pihak berkuasa telah meminta kebanyakan wartawan meninggalkan Derna dan mengembalikan permit yang membolehkan mereka membuat liputan mengenai bencana itu, kata sumber yang sama.

Tindakan itu diambil selepas penunjuk perasaan berkumpul di masjid besar di bandar itu, melepaskan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa yang mereka persalahkan kerana gagal menyelenggara empangan atau memberikan amaran awal tentang bencana itu.

“Pencuri dan pengkhianat mesti digantung,” jerit mereka, sebelum beberapa penunjuk perasaan membakar rumah datuk bandar yang tidak popular di bandar itu.

Syarikat telekomunikasi nasional LPTIC berkata komunikasi terputus akibat kerosakan pada gentian optik pautan ke Derna.

Syarikat itu berkata gangguan tersebut, yang turut menjejaskan kawasan lain di timur Libya, “mungkin akibat tindakan sabotaj yang disengajakan” dan berjanji akan membaikinya “secepat mungkin”.

Sementara itu, pekerja penyelamat terus menggali untuk mencari mayat tertimbus, dengan angka kematian rasmi dikatakan mencecah 3,351 dan beribu-ribu lagi masih hilang sejak banjir akibat hujan lebat dan taufan Daniel itu.

Sejumlah 14 pasukan penyelamat masih bekerja di Derna, termasuk 10 dari luar negara, kata Encik Mohamed Eljarh, jurucakap jawatankuasa yang mengetuai tindak balas kecemasan.

Gelombang besar air yang merempuh Derna memusnahkan sepenuhnya 891 bangunan dan merosakkan lebih 600 lagi, menurut laporan pemerintah Libya berdasarkan imej satelit.

Libya berpecah dengan pemerintah sementara yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpusat di Tripoli di barat Libya sementara sebuah lagi pemerintah yang disokong oleh orang kuat tentera Khalifa Haftar menguasai timur negara itu.

Pada Isnin, penunjuk perasaan di Derna melaungkan slogan marah terhadap Parlimen di timur Libya dan ketuanya, Encik Aguila Saleh.

Mereka mendesak tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi bencana itu.

Pemerhati Libya pada Selasa menganggap gangguan telekomunikasi Derna sebagai tindakan yang disengajakan, bertujuan untuk menutup mulut penunjuk perasaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >