Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Iran, Arab Saudi terus ambil langkah perkukuh hubungan: Menlu China

Aug 21, 2023 | 02:44 PM



BEIJING: Selepas dialog China dengan Iran dan Arab Saudi, kedua-dua negara itu terus mengambil langkah untuk memperbaiki hubungan, membawa kepada pembentukan “gelombang perdamaian” di Timur Tengah, kata menteri luar China pada Isnin.


China “menghargai keputusan betul yang dibuat oleh pihak Iran”, kata Menteri Luar China, Encik Wang Yi, dalam satu kenyataan pada Isnin, sambil menambah bahawa China akan terus menyokong negara-negara Timur Tengah untuk meneroka pembangunan selaras dengan keadaan negara mereka sendiri.

Encik Wang juga berkata bahawa hanya dengan memulihkan integriti dan pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama yang berkesan, isu nuklear Iran dapat diselesaikan.

Iran dan Arab Saudi bersetuju pada Mac, dalam perjanjian yang diuruskan oleh China, untuk menamatkan keretakan diplomatik dan mewujudkan semula hubungan antara kedua negara.

Perjanjian mengejut antara Iran dan Arab Saudi untuk memulihkan hubungan diplomatik, menawarkan banyak yang menarik perhatian Amerika Syarikat, termasuk jalan yang mungkin untuk mengekang program nuklear Teheran dan peluang untuk mengukuhkan gencatan senjata di Yaman.

Ia juga mengandungi unsur yang pasti membuatkan para pegawai di Washington berasa tidak selesa – peranan China sebagai broker keamanan di rantau di mana Amerika Syarikat telah lama menggunakan pengaruh.

Perjanjian itu diumumkan selepas empat hari rundingan yang tidak didedahkan sebelum ini di Beijing antara dua buah negara saingan di Timur Tengah itu.

Penglibatan China selaku pengantara dalam perjanjian itu mungkin mempunyai “implikasi yang ketara” untuk Washington, kata Encik Daniel Russel, diplomat tertinggi Amerika untuk Asia Timur di bawah pentadbiran bekas presiden Barack Obama.

Encik Russel berkata adalah sesuatu yang luar biasa bagi China untuk bertindak sendiri untuk membantu menyelesaikan perjanjian diplomatik dalam pertikaian yang mana ia bukan pihak yang terlibat.

Apabila bercakap mengenai Iran, tidak jelas bahawa hasilnya akan baik untuk Amerika, kata Encik Naysan Rafati, penganalisis kanan Iran di International Crisis Group.

“Kelemahannya ialah, pada masa Washington dan rakan kongsi Barat meningkatkan tekanan terhadap Republik Islam, Teheran akan percaya ia boleh memecahkan pengasingannya dan memandang kepada peranan China, untuk mendapatkan perlindungan kuasa besar,” kata Encik Rafati.

Penglibatan China telah menimbulkan keraguan di Washington mengenai motif Beijing. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >