Iran benarkan kapal ‘ bukan musuh’ lalui Selat Hormuz
Iran benarkan kapal ‘ bukan musuh’ lalui Selat Hormuz
Krisis tenaga serantau kian meruncing; Filipina isytihar darurat tenaga, harga diesel Vietnam lonjak lebih 100 peratus
Mar 25, 2026 | 2:19 PM
Iran benarkan kapal ‘ bukan musuh’ lalui Selat Hormuz
Seorang pekerja mengisi petrol ke dalam motosikal pelanggan di sebuah stesen minyak di Hanoi, Vietnam, pada 23 Mac 2026, ketika kenaikan harga bahan api dipacu oleh kesan penutupan Selat Hormuz menjejas bekalan tenaga sejagat. - Foto EPA
TEHERAN: Iran memberi jaminan kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bahawa kapal yang dianggap “bukan musuh” boleh melalui Selat Hormuz dengan selamat, ketika laluan strategik itu hampir lumpuh sejak konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel bermula pada Februari.
Dalam surat bertarikh 22 Mac yang diedarkan kepada anggota IMO, Kementerian Luar Iran mentakrifkan kapal “bukan musuh” sebagai kapal yang tidak terlibat atau menyokong serangan terhadap Iran, serta tidak berkait dengan Amerika atau Israel.
Laporan berkaitan
Minyak mahal, kos hidup naik, bekalan mula terjejas di Asia TenggaraMar 24, 2026 | 2:22 PM
Medan perang Selat Hormuz cetus kejutan ekonomi duniaMar 23, 2026 | 5:30 AM

