Minyak mahal, kos hidup naik, bekalan mula terjejas di Asia Tenggara
Minyak mahal, kos hidup naik, bekalan mula terjejas di Asia Tenggara
Mar 24, 2026 | 2:22 PM
Minyak mahal, kos hidup naik, bekalan mula terjejas di Asia Tenggara
Seorang pekerja bersedia mengisi gas petroleum cecair (LPG) ke dalam kenderaan pelanggan di sebuah stesen minyak di Phnom Penh pada 23 Mac. Sebuah pembekal tenaga utama di Kemboja memaklumkan akan menghentikan penjualan LPG mulai awal April susulan gangguan bekalan akibat perang di Timur Tengah. - Foto AFP
BANGKOK: Negara Asia Tenggara menunjukkan tanda semakin terdedah kepada krisis bahan api yang kian meruncing apabila konflik melibatkan Iran terus mengganggu pasaran tenaga global, mencetuskan lonjakan harga dan kebimbangan terhadap bekalan.
Dari Laos hingga Thailand, barisan panjang mula kelihatan di stesen minyak apabila pemandu berpusu-pusu mendapatkan bekalan bahan api di tengah kebimbangan harga akan terus meningkat.
Laporan berkaitan
Ribuan pemandu jeepney Filipina bantah kenaikan harga bahan apiMar 19, 2026 | 5:39 PM
Barisan panjang di stesen minyak Thailand susulan bakal mula kenaikan hargaMar 18, 2026 | 1:13 PM

