SPH Logo mobile
Langgan|

Iran benarkan kapal ‘tidak bermusuhan’ lalui Selat Hormuz

Iran benarkan kapal ‘tidak bermusuhan’ lalui Selat Hormuz

Krisis tenaga serantau semakin meruncing, Filipina isytihar darurat tenaga; harga diesel Vietnam lonjak lebih 100 peratus
Mar 25, 2026 | 2:19 PM

Iran benarkan kapal ‘tidak bermusuhan’ lalui Selat Hormuz

Seorang pekerja mengisi petrol ke dalam motosikal pelanggan di sebuah stesen minyak di Hanoi, Vietnam, pada 23 Mac 2026, ketika kenaikan harga bahan api dipacu oleh kesan penutupan Selat Hormuz yang menjejaskan bekalan tenaga global.
Seorang pekerja mengisi petrol ke dalam motosikal pelanggan di sebuah stesen minyak di Hanoi, Vietnam, pada 23 Mac 2026, ketika kenaikan harga bahan api dipacu oleh kesan penutupan Selat Hormuz yang menjejaskan bekalan tenaga global. - Foto EPA

TEHERAN: Iran memberi jaminan kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bahawa kapal yang dianggap “tidak bermusuhan” boleh melalui Selat Hormuz dengan selamat, ketika laluan strategik itu hampir lumpuh sejak konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel bermula bulan lalu.

Dalam surat bertarikh 22 Mac yang diedarkan kepada anggota IMO, Kementerian Luar Iran mentakrifkan kapal “tidak bermusuhan” sebagai kapal yang tidak terlibat atau menyokong serangan terhadap Iran, serta tidak berkait dengan Amerika atau Israel.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg