Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga minyak terus naik ekoran ketegangan di Timur Tengah

Apr 05, 2024 | 05:33 PM



Harga minyak naik dalam tempoh seminggu, sedang ketegangan di Timur Tengah semakin memuncak.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika meningkat kepada AS$87 ($117) setong, selepas mencatat peningkatan dalam lima sesi dagangan sebelumnya, manakala minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras hadapan sedunia, didagangkan pada harga lebih AS$90 setong buat kali pertama sejak Oktober, lapor The Straits Times (ST).


Israel meningkatkan persediaan untuk menghadapi tindakan balas yang mungkin dilancarkan, selepas serangan negara itu pada 1 April menyasarkan kawasan diplomatik Iran di Syria, sedang Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menguatkan pendiriannya terhadap Tel Aviv dalam perangnya menentang kumpulan Hamas.

Harga minyak mentah melonjak pada 2024 disebabkan konflik di Timur Tengah dan serangan terhadap prasarana tenaga Russia oleh Ukraine yang meningkatkan premium risiko.

Keputusan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (Opec+) untuk melanjutkan sekatan sedia ada hingga akhir Jun turut menyumbang kepada kekurangan bekalan minyak dalam pasaran.

Kedutaan Israel di seluruh dunia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan meningkatnya ancaman serangan Iran terhadap diplomat Israel.

Iran, pengeluar ketiga terbesar dalam Opec, berikrar membalas dendam terhadap Israel atas serangan 1 April yang membunuh beberapa anggota tentera Iran berpangkat tinggi.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Dengan perubahan nada yang ketara, Washington memberi kritikan paling keras terhadap Israel pada 4 April sejak permulaan konflik dengan Hamas, dan memberi amaran dasar Amerika mengenai Gaza akan ditentukan oleh persoalan sama ada Israel mengambil langkah untuk memelihara keselamatan rakyat Palestin dan pekerja bantuan.

Amerika pada 4 April juga mengenakan sekatan baru menentang pengganasan berkaitan Iran, terhadap Oceanlink Maritime DMCC dan kapalnya, dengan menyatakan peranan kapal tersebut dalam menghantar komoditi bagi pihak tentera Iran.

Amerika menggunakan sekatan kewangan dengan tujuan mengasingkan Iran dan mengganggu keupayaannya membiayai kumpulan proksinya, serta menghalang sokongan negara itu terhadap perang Russia di Ukraine, menurut Jabatan Perbendaharaan.

Harga minyak juga kekal tinggi selepas Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata Ukraine akhirnya akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kerana sokongan terhadap negara itu kekal teguh dalam kalangan negara anggota.

Harga minyak meningkat baru-baru ini juga disebabkan serangan Ukraine ke atas kilang penapisan minyak Russia yang mengurangkan bekalan bahan api.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >