Iran lancar peluru berpandu rentas Timur Tengah ketika Trump ancam hab minyak
Iran lancar peluru berpandu rentas Timur Tengah ketika Trump ancam hab minyak
Netanyahu: Lebih separuh objektif ketenteraan telah dicapai
Mar 31, 2026 | 2:56 PM
Iran lancar peluru berpandu rentas Timur Tengah ketika Trump ancam hab minyak
Kebakaran tercetus selepas Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel memaklumkan bahawa sebuah bangunan industri dan sebuah kapal tangki bahan api di kilang penapisan minyak Israel terkena serpihan peluru berpandu Iran yang dipintas, di tengah konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran, di Haifa, Israel, pada 30 Mac. - Foto REUTERS
TEHERAN: Iran melancarkan gelombang serangan peluru berpandu baharu di seluruh Timur Tengah pada 31 Mac ketika ibu negaranya, Teheran, dilanda beberapa letupan susulan ancaman keras daripada Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, terhadap infrastruktur tenaga utama negara itu.
Letupan terbaharu di Teheran dilaporkan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan, manakala siren amaran turut kedengaran di Baitulmakdis selepas Israel memintas peluru berpandu Iran.
Laporan berkaitan
Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang ke atas Iran Mar 25, 2026 | 11:49 AM
Iraq rancang mesyuarat maya Liga Arab kedua, bincang ketegangan keselamatan serantauMar 23, 2026 | 8:41 PM

