SPH Logo mobile
Langgan|

Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang ke atas Iran

Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang ke atas Iran

Saudi, UAE dilapor di ambang sertai konflik susuli serangan berterusan Iran yang menjejas ekonomi, keselamatan tenaga
Mar 25, 2026 | 11:49 AM

Laporan: Negara Teluk hampir sertai perang ke atas Iran

Asap tebal kelihatan berkepul dari Pelabuhan Jebel Ali di Amiriah Arab Bersatu menyusuli serangan Iran selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Teheran, pada 1 Mac 2026, ketika sekutu Washington di Asia Barat dilaporkan berada di ambang menyertai perang menentang Iran.
Asap tebal kelihatan berkepul dari Pelabuhan Jebel Ali di Amiriah Arab Bersatu menyusuli serangan Iran selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Teheran, pada 1 Mac 2026, ketika sekutu Washington di Asia Barat dilaporkan berada di ambang menyertai perang menentang Iran. - Foto REUTERS

DUBAI/RIYADH: Sekutu Amerika Syarikat di Asia Barat dilaporkan semakin hampir menyertai perang menentang Iran, ketika tekanan meningkat menyusuli serangan berterusan Teheran yang menjejaskan ekonomi negara Teluk dan kestabilan rantau itu.

Menurut laporan The Wall Street Journal, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kini bergerak ke arah kerjasama lebih erat dengan Amerika dan Israel, termasuk membenarkan penggunaan kemudahan ketenteraan serta mengambil langkah ekonomi terhadap kepentingan Iran.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg