Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khamenei: Tidak salah adakan perjanjian nuklear dengan Barat

Jun 11, 2023 | 7:45 PM
PEMIMPIN Iran: Ayatollah Ali Khamenei
PEMIMPIN Iran: Ayatollah Ali Khamenei - - Foto REUTERS

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran berkata pada Ahad (11 Jun) bahawa mencapai perjanjian dengan Barat berhubung kerja-kerja membangunkan nuklear Tehran, yang dipertikaikan sekarang, boleh dicapai jika prasaranya kekal utuh, media kerajaan memetik Ayatollah Ali Khamenei sebagai berkata.

“Tidak ada yang salah dengan perjanjian (dengan Barat), tetapi prasarana industri nuklear kita tidak boleh disentuh,” katanya sambil menambah bahawa Tehran harus terus bekerjasama dengan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah rangka kerja perlindungan.

Rundingan tidak langsung antara Tehran dan Washington untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 dengan enam kuasa besar telah menemui jalan buntu sejak September lalu, dengan kedua-dua pihak saling menuduh menyentuh tuntutan yang tidak munasabah.

Pada 2019, Iran didakwa mula melanggar syarat perjanjian itu sebagai tindak balas kepada penarikan diri Amerika Syarikat pada 2018 di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump ketika itu.

Perjanjian 2015 mengehadkan aktiviti pengayaan uranium Iran untuk menyukarkan Tehran membangunkan senjata nuklear, sebagai balasan untuk menarik balik sekatan antarabangsa. Iran menafikan mahu memperoleh senjata nuklear.

Kedua-dua Tehran dan Washington pada Khamis lalu (8 Jun) menafikan laporan bahawa mereka menghampiri perjanjian sementara di mana Tehran akan mengekang program nuklearnya sebagai balasan untuk pelepasan sekatan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg