Iran teruskan serangan, sasar lapangan terbang Kuwait, Arab Saudi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran teruskan serangan, sasar lapangan terbang Kuwait, Arab Saudi

Mar 8, 2026 | 3:44 PM

Iran teruskan serangan, sasar lapangan terbang Kuwait, Arab Saudi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Rakaman video yang disiarkan di media sosial pada 7 Mac 2026 menunjukkan asap tebal menerawang ke angkasa daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
Rakaman video yang disiarkan di media sosial pada 7 Mac 2026 menunjukkan asap tebal menerawang ke angkasa daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. - Foto: AFP

DUBAI: Negara-negara Teluk melaporkan serangan peluru berpandu dan dron pada 8 Mac, sementara Iran berikrar untuk meneruskan serangan terhadap negara-negara jiran ketika perang serantau memasuki minggu kedua.

Arab Saudi, Qatar dan Kuwait semuanya melaporkan serangan baru, selepas letupan kuat kedengaran di Dubai dan Manama, Bahrain sehari sebelumnya.

Syarikat minyak nasional Kuwait mengumumkan pemotongan pengeluaran minyak mentahnya, ketika tentera negara itu menyatakan pada 8 Mac bahawa ia telah bertindak balas “terhadap gelombang dron musuh yang menembusi ruang udara negara”.

Tangki bahan api di lapangan terbang antarabangsa Kuwait disasarkan dalam serangan dron, tambah tentera.

Agensi Berita Kuwait menyatakan kebakaran di lapangan terbang itu terkawal dan tiada “kecederaan yang ketara”.

Tentera menyifatkan serangan dron itu sebagai “sasaran langsung terhadap infrastruktur penting”.

Satu kenyataan berasingan menyatakan “beberapa kemudahan awam mengalami kerosakan akibat serpihan yang jatuh daripada operasi pemintasan”.

Kementerian Dalam Negeri Kuwait berkata dua pengawal sempadannya maut ketika menjalankan tugas. Tiada butiran lengkap diberikan

Tidak jelas juga sama ada kematian mereka adalah akibat serangan Iran.

Kementerian Pertahanan Amiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pertahanan udara bertindak balas terhadap “ancaman peluru berpandu dan dron yang masuk dari Iran”.

Kementerian Pertahanan Qatar berkata pada 8 Mac bahawa negaranya disasarkan sehari sebelumnya oleh 10 peluru berpandu balistik dan dua peluru berpandu jelajah yang dilancarkan dari Iran, tetapi kebanyakannya telah dipintas.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi juga melaporkan telah memintas dan memusnahkan 15 dron yang memasuki ruang udaranya, termasuk percubaan serangan di kawasan diplomatik di Riyadh.

Serangan itu berlaku walaupun presiden Iran memohon maaf kepada negara-negara Teluk atas serangan terdahulu. Beliau berkata ia tidak akan disasarkan lagi melainkan serangan dilancarkan dari wilayah mereka terlebih dahulu.

Presiden UAE Encik Mohammed bin Zayed Al Nahyan berkata dalam ucapan televisyen bahawa negara-negara Amiriah berada dalam “tempoh perang” dan “akan muncul lebih kuat” daripadanya.

Dubai menutup sementara lapangan terbang utamanya pada 7 Mac selepas objek yang tidak dikenali telah dipintas berdekatan ruang udaranya.

UAE, sekutu Amerika Syarikat, dan menempatkan kemudahan tentera Amerika, telah menjadi negara yang paling kerap disasarkan di Teluk semasa perang.

Kementerian pertahanan berkata 221 peluru berpandu balistik dikesan sejak perang bermula pada 28 Februari, dengan bilangan dron melebihi 1,300. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg