Lapangan terbang Dubai ditutup, Emirates gantung penerbangan sekali lagi, dek ancaman peluru berpandu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapangan terbang Dubai ditutup, Emirates gantung penerbangan sekali lagi, dek ancaman peluru berpandu

Mar 7, 2026 | 5:21 PM

Lapangan terbang Dubai ditutup, Emirates gantung penerbangan sekali lagi, dek ancaman peluru berpandu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
lapangan terbang dubai, iran, penerbangan
Syarikat penerbangan Emirates berharap dapat mengendalikan rangkaian penuhnya dalam beberapa hari akan datang. - Foto REUTERS

DUBAI: Lapangan terbang paling sibuk di dunia untuk trafik antarabangsa, Dubai, menggantung operasi pada 7 Mac menyusuli satu pemintasan udara di kawasan itu semasa serangan dari Iran.

"Demi keselamatan penumpang, kakitangan lapangan terbang dan kakitangan syarikat penerbangan, operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) telah digantung buat sementara waktu. Semua prosedur sedang diuruskan selaras dengan protokol keselamatan yang ditetapkan," kata pejabat media kerajaan.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas pemintasan udara satu objek berhampiran lapangan terbang tersebut, dengan saksi menceritakan letupan kuat diikuti oleh kepulan asap.

Laman web pengesan Flightradar24 sebelum ini menunjukkan pesawat berligar di udara.

Penerbangan dari lapangan terbang utama Dubai sebahagiannya disambung semula pada 2 Mac walaupun serangan dron harian menyasarkan tapak di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Emirates, yang merupakan syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah, juga mengumumkan pada 7 Mac bahawa ia menangguhkan semua penerbangannya ke dan dari Dubai sehingga diberitahu kelak.

“Usah pergi ke lapangan terbang,” kata syarikat penerbangan itu.

Kerajaan Dubai berkata dalam satu kiriman bahawa terdapat “kejadian kecil akibat serpihan jatuh selepas pemintasan itu berlaku”, namun tidak menyebabkan kecederaan.

Ia juga menafikan “maklumat yang tersebar di media sosial mengenai insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai”, tanpa mengulas lanjut.

“Pertahanan udara UAE kini bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu dan dron yang datang dari Iran,” kata Kementerian Pertahanan Emirati, tanpa menyatakan sasaran serangan.

Pada 28 Februari, empat pekerja cedera dan terminal rosak di lapangan terbang Dubai ketika perang meletus di Timur Tengah berikutan serangan Amerika dan Israel ke atas Iran.

Operator Dubai Airports berkata pada masa itu bahawa insiden tersebut "dikawal dengan cepat", tanpa memberikan butiran.

Serangan Iran turut melanda lapangan terbang Abu Dhabi, pembangunan mewah Palm Jumeirah dan hotel mewah Burj Al Arab, manakala serpihan dron menyebabkan kebakaran di konsulat Amerika di Dubai pada 3 Mac. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg