Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iraq gantung 3 pengganas ISIS letupkan bom ragut ratusan nyawa di Baghdad

Aug 29, 2023 | 12:23 PM



BAGHDAD: Iraq telah melaksanakan hukuman menggantung tiga orang yang disabitkan kesalahan berkaitan dengan pengeboman di Baghdad 2016, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan ISIS, yang membunuh lebih 320 orang, kata pejabat perdana menteri pada Isnin.


Pengeboman itu adalah antara yang paling dahsyat di dunia selepas serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 323 orang terbunuh dalam pengeboman kereta yang menyebabkan kebakaran besar di kawasan membeli-belah Karrada di Baghdad pada 3 Julai 2016.

Ketika kejadian berlaku, kawasan tersebut dipenuhi orang ramai yang sibuk membeli-belah menjelang perayaan Aidilfitri yang mengakhiri bulan suci Ramadan.

Perdana Menteri, Encik Mohammed Shia Al Sudani, semasa pertemuan dengan keluarga mangsa, memaklumkan kepada mereka bahawa “hukuman mati yang sah itu telah dilaksanakan terhadap tiga penjenayah utama yang didapati bersalah atas penglibatan mereka dalam pengeboman dilakukan pengganas”, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Ia adalah salah satu serangan paling ngeri pernah melanda Iraq.

Mejar Jeneral Polis Talib Khalil Rahi berkata pada masa itu bas mini yang dinaiki pengebom itu telah dimuatkan dengan bahan letupan plastik dan ammonium nitrat.

Letupan awal membunuh sebilangan kecil orang, tetapi api merebak dan memerangkap para pengunjung di dalam pusat beli-belah yang tidak mempunyai pintu keluar kecemasan, kata Encik Rahi dalam satu sidang akhbar beberapa hari kemudian.

Kebakaran yang merebak dengan pantas itu menyukarkan pengecaman mayat.

Menteri Dalam Negeri, Encik Mohammed Ghabban, telah meletak jawatan susulan letupan tersebut.

ISIS telah menguasai kawasan luas di utara dan barat Baghdad pada 2014, tetapi pada masa letupan di Karrada, tentera Iraq telah menawan semula sebahagian besar wilayah berkenaan daripada pengganas.

Para pengganas membalas serangan dengan sasaran ditujukan terhadap orang awam sebagai tindak balas.

Pemerintah Iraq mengisytiharkan kemenangan menentang pengganas pada akhir 2017 selepas melancarkan kempen ketenteraan dengan sokongan pakatan tentera yang diketuai Amerika.

Pada Oktober 2021, Iraq mengumumkan penahanan di luar negara melibatkan orang-orang yang disifatkan sebagai suspek utama di sebalik letupan di Karrada.

Perdana Menteri ketika itu, Encik Mustafa Al Kadhemi, berkata Ghazwan Alzawbaee adalah “pelaku utama” dalam serangan itu “dan ramai lagi”.

Kenyataan dari pejabat Encik Sudani tidak menamakan mereka yang dihukum mati atau menyatakan bila hukuman itu akan dijalankan.

Pejabat Encik Sudani menyatakan hukuman mati itu telah dijalankan pada malam Ahad dan pagi Isnin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >