Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan pengganas Daesh makin hilang pengaruh di Iraq: Jeneral Amerika

Aug 17, 2023 | 02:32 PM



CHICAGO: Seorang pegawai tinggi tentera Amerika Syarikat berkata bahawa perang untuk menewaskan Daesh di Iraq dan Syria terus tampak berhasil, dengan menyebut pengurangan ketara tahun ke tahun dalam aktiviti keganasan sebagai bukti.


Semasa taklimat akhbar, Mejar-Jeneral Matthew W. McFarlane, komander Pasukan Gabungan Bertindak Bersama yang merangkumi pasukan daripada lebih 30 negara dan berpangkalan di Iraq, berkata bahawa terdapat “pengurangan 65 peratus” dalam aktiviti pengganas oleh Daesh pada tahun lalu.

Kumpulan itu tidak lagi beroperasi secara ketenteraan, tambahnya, tetapi saki-baki individu terus bertanggungjawab terhadap beberapa insiden keganasan.

Menurut beliau, meskipun misi berterusan untuk menyasarkan penyokong Daesh dan ideologi mereka di Iraq telah mencapai kejayaan, namun baki anggota kumpulan itu terus beroperasi di kawasan di luar jangkauan pasukan gabungan itu.

“Daesh umumnya tidak lagi mengawal mana-mana wilayah dan telah mengalami masalah kehilangan pemimpin dan pejuang mereka,” kata Maj-Jen McFarlane pada Rabu.

“Dari tahun ke tahun kami terus melihat penurunan jumlah serangan Daesh. Tahun ini merosot 65 peratus atau lebih besar daripada tahun lalu. Menurut rakan sekerja kami di Iraq, Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling damai dalam sejarah.

“Tetapi mereka (Daesh) terus berkurang bukan sahaja dalam bilangan serangan tetapi juga serba-serbi, mereka mengalami masalah dari segi kewangan, ketenteraan. Namun begitu, masih ada pejuang radikal di luar sana yang bercita-cita untuk muncul semula atau membina semula khalifah.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan keselamatan Iraq telah mencapai kemajuan besar dalam menangani Daesh dan meneruskan usaha untuk membanteras kemunculan semula Daesh. Walaupun Daesh telah dikalahkan secara ketenteraan, kita tahu ideologi berbahaya mereka kekal sebagai ancaman dan mereka terus mahu membangunkan semula upaya ketenteraan.

“Justeru kami terus bekerjasama dengan pasukan rakan kongsi kami dalam misi bersama untuk memastikan kekalahan berterusan Daesh,” ujar beliau lagi.

Gabungan yang diketuai Amerika itu memberikan sokongan kepada pasukan tentera Iraq tetapi tidak terlibat secara aktif dalam memerangi Daesh.

Pasukan gabungan itu juga jalin kerjasama dengan Pasukan Demokratik Syria, gabungan militia etnik dan kumpulan pemberontak di utara dan timur Syria.

Beliau berkata, antara cabaran yang pihaknya hadapi termasuk penghantaran pulang orang yang dipindahkan dan tahanan Daesh yang kini berada di timur laut Syria dan penyepaduan semula mereka ke dalam komuniti asal mereka.

Satu bidang yang membimbangkan di Syria, tambahnya, sebuah negara yang masih sangat berpecah belah, adalah masih ada potensi meningkatnya keganasan di beberapa wilayah di sana. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >