Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS guna penduduk Mosul sebagai perisai manusia: Pentagon

Oct 19, 2016 | 12:37 PM



WASHINGTON: Kumpulan pengganasn Negara Islam di Iraq dan militan Syria (ISIS) sedang memerangkap orang awam di Mosul untuk digunakan sebagai perisai manusia, kata Pentagon pada Selasa (18 Okt).



Ini sedang Presiden Barack Obama memberi amaran mengenai pemindahan terpaksa "besar" penduduk Mosul disebabkan serangan ke atas bandar Iraq itu oleh tentera pemerintah, dengan sokongan pakatan yang diketuai Amerika, yang hendak merampasnya kembali daripada ISIS.



Pihak berkuasa dan agensi bantuan sedang bersiap bagi masalah aliran besar orang awam yang melarikan diri dari Mosul kubu kuat terakhir ISIS di Iraq.



Pertempuran yang bermula Isnin lalu itu setakat ini memberi tumpuan pada kampung-kampung, yang kebanyakannya tradisional Kurdi, sekitar bandar kedua terbesar Iraq itu.



Jurucakap Pentagon, Kapten Tentera Laut Jeff Davis, berkata selama beberapa minggu ISIS menahan kira-kira 1.5 juta penduduk Mosul daripada melarikan diri, dan permulaan operasi merebut semula Mosul tidak melegakan masalah orang awam itu.



"Kami tahu mereka sedang digunakan sebagai perisai manusia, memang betul," katanya.



"Mereka sedang ditahan tanpa kerelaan mereka. Kami tidak melihat sembarang perubahan pada hari terakhir dalam jumlah orang meninggalkan atau melarikan diri."



Walaupun tidak ada penghijrahan beramai-ramai orang awam setakat ini, Encik Obama memberi amaran mengenai pemindahan "besar" pada minggu-minggu akan datang, tetapi berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan lain bersedia respons kepada masalah itu.



"Kami telah meletak bersama-sama rancangan dan infrastruktur untuk menangani krisis kemanusiaan yang berpotensi, yang seluas rancancangan pihak tentera," kata Encik Obama kepada wartawan.



Jurucakap PBB, Cik Stephane Dujarric, berkata dianggarkan 200,000 orang dijangka dipindahkan pada minggu-minggu pertama serangan itu, dan bertambah kepada sejuta di bawah senario kes paling buruk.



Buat masa ini sekurang-kurangnya, pihak berkuasa Iraq dan pakatan yang diketuai Amerika mahu orang awam terus kekal di bandar itu kerana bimbang mereka akan dibunuh jika ditangkap cuba melarikan diri.



Sebuah pesawat pengebom raya B-52 menjatuhkan ribuan risalah panduan kepada rakyat Mosul, menjelaskan cara meminimumkan risiko ke atas nyawa dan harta semasa operasi itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >