Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Ismail Sabri mungkin bincang bubar Parlimen dalam sesi bertemu Agong

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Agenda pembubaran Parlimen berkemungkinan dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.



Datuk Seri Ismail Sabri berkata perkara itu boleh dicapai sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal.



Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan, selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka.



Semasa ditemui selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan semalam, Datuk Seri Ismail Sabri ditanya sama ada tarikh pembubaran Parlimen akan dibawa pada majlis menghadap semalam.



"Tak pasti lagi nak bawa atau tak. Kalau bincang hal Kabinet panjang sangat, pasal Kabinet saja," ujar beliau.



Ditanya sama ada terdapat agenda "tambahan atau khusus" semasa menghadap Agong, katanya:



"Kita tengok, kalau bincang sampai Maghrib tak sempat nak bincang hal lain".



Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengesahkan 12 menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada baginda supaya mempertimbang menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, sekiranya perkara itu dipersembahkan.



Pembangkang turut membantah pelaksanaan PRU15 tahun ini, susulan kebimbangan bencana banjir akibat peralihan monsun timur laut, yang dijangka berlaku pertengahan November hingga Mac 2023.



Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam turut mengesahkan barisan menteri daripada PN menyerahkan surat kepada Istana Negara bagi menyatakan rasa tidak setuju terhadap penetapan tarikh PRU15 pada tahun ini.



Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata surat itu sudah diterima Yang di-Pertuan Agong kelmarin.



"Itu pandangan kami (untuk tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini)... kami menghantar surat semalam (kelmarin) dan Al-Sultan Abdullah menerimanya.



"Semua menteri PN (menandatangani surat) itu," katanya kepada media semalam.



Datuk Seri Tuan Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, dekat sini bagi meninjau sendiri persiapan dan kesiapsiagaan bagi negara berdepan musim banjir di seluruh negara.



Ini bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi terlibat untuk menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 yang dijangka bermula pertengahan November depan dan berakhir pada Mac 2023.



Dalam masa yang sama, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 melancarkan petisyen membantah PRU15 diadakan semasa musim tengkujuh.



Dalam petisyen itu, Bersih 2.0 memohon Datuk Seri Ismail Sabri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengutamakan keselamatan dan kemudahan rakyat sebelum memutuskan pembubaran Parlimen.



Selain PN, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga turut membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan PRU15 lebih awal.



Tegas mereka, tumpuan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi selepas pandemik, selain persediaan menghadapi banjir tahunan.



Penggal Parlimen ke-15 dijadualkan tamat pertengahan tahun hadapan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >