Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri tegas komitmen, jaminan kerajaan dalam kebebasan media

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan komitmen dan jaminan kerajaan dalam kebebasan pertubuhan media di negara ini.



Beliau berkata media diberi kebebasan sepenuhnya dalam laporan asalkan ia tepat dan bertanggungjawab.



"Campur tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab.



"Saya beri jaminan berhubung kebebasan akhbar," katanya kepada wartawan malam kelmarin.



Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada beberapa pihak termasuk segelintir tokoh wartawan mempertikaikan pelantikan Cik Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baru, dengan mendakwa ia dibuat atas campur tangan politik.



Ini selain tuduhan fitnah jenayah terhadap dua wartawan dari The Edge.



Wakil NST juga dilihat menyerahkan dokumen kepada Datuk Ismail Sabri, difahamkan sebagai petisyen daripada bilik berita mereka mengenai perkara itu.



Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut membangkitkan kebimbangan mengenai laporan berita bahawa NST menggantikan pengarang kumpulan pertubuhan itu berikutan campur tangan sebuah parti politik.



Ketika ditanya mengenai perkara itu, Datuk Ismail Sabri bagaimanapun enggan mengulas lanjut.



"Saya pun belum baca berita lagi, nanti (sudah) tengok saya akan komen... saya tak nak komen benda saya tidak tahu.



"Tidak adil bagi saya komen perkara yang saya tidak ada maklumat penuh mengenainya," katanya.



Pada masa sama, Persatuan Kewartawanan Digital Malaysia melahirkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir tokoh wartawan yang didakwa mempertikai pelantikan Cik Farrah Naz itu.



Presidennya, Nik Suryani Megat Deraman, berkata pihaknya juga menggesa polemik yang mendakwa pelantikan Cik Farrah Naz dibuat atas campur tangan politik dihentikan.



Beliau berkata sebagai pemenang Anugerah Kajai, anugerah paling berprestij dalam bidang kewartawanan negara itu sebanyak dua kali berturut-turut, persatuan itu yakin Cik Farrah Naz dilantik atas dasar merit dan kelayakan beliau. - BHM, The Malay Mail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >