Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel akui silap bunuh 7 pekerja bantuan dalam serangan

Apr 03, 2024 | 12:46 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata bahawa Israel tersilap membunuh tujuh pekerja badan amal World Central Kitchen (WCK) dalam serangan udara di Gaza.


Kejadian tersebut menyebabkan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendesak penjelasan di tengah-tengah kecaman yang semakin meluas.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyuarakan “kesedihan yang tulus” atas kejadian tersebut, yang meningkatkan tekanan antarabangsa untuk langkah meredakan krisis kemanusiaan yang melanda Gaza hampir enam bulan selepas Israel mengepung dan menceroboh wilayah Palestin itu.

Menghadapi kritikan pada 2 April, Israel mengakui tersilap melakukan serangan udara yang membunuh tujuh kakitangan badan amal yang berpangkalan di Amerika itu.

Ketika kejadian berlaku, kesemua mangsa sedang memunggah makanan yang dibawa melalui laut ke Jaluran Gaza.

WCK berkata ia menghentikan operasi selepas “serangan Israel yang disasarkan” sekitar tengah malam antara 1 dengan 2 April.

Serangan itu membunuh tiga kakitangan warga Britain dan empat lagi, masing-masing warga Australia, Palestin, Poland dan Amerika-Canada.

Encik Netanyahu pada 2 April mengakui insiden “tragik” dan “tidak disengajakan” serta berikrar “melakukan segala-galanya” untuk mengelakkan kejadian daripada berulang.

Akhbar Israel, Haaretz, melaporkan angkatan udara Israel telah melepaskan tiga peluru berpandu berturut-turut ke arah tiga kenderaan.


Jurucakap IDF, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau telah bercakap dengan pengasas WCK, Encik Jose Andres, “dan mengucapkan takziah yang mendalam daripada IDF kepada keluarga dan seluruh keluarga WCK.”

Beliau menambah bahawa IDF telah menyatakan “kesedihan yang tulus kepada negara-negara sekutu yang banyak membantu mereka yang memerlukan.

“Kami telah meneliti kejadian itu di peringkat tertinggi untuk memahami apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku,” katanya.

WCK telah berusaha untuk memunggah makanan yang dibawa ke Gaza melalui laut dari Cyprus di tengah-tengah desakan untuk meningkatkan bantuan ke Gaza yang dilanda kelaparan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, Cik Adrienne Watson, berkata pekerja bantuan “mesti dilindungi ketika mereka menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >