Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel anggap Teheran ‘isytihar perang’

Apr 15, 2024 | 2:19 PM
Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Amir Saeid Iravani berucap kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa mesyuarat tergempar pada 14 April 2024 di Ibu Pejabat PBB di New York City. Majlis Keselamatan PBB bersidang untuk mesyuarat itu atas permintaan Duta Besar Israel ke PBB Encik Gilad Erdan selepas serangan Iran ke atas Israel.
Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Amir Saeid Iravani berucap kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa mesyuarat tergempar pada 14 April 2024 di Ibu Pejabat PBB di New York City. Majlis Keselamatan PBB bersidang untuk mesyuarat itu atas permintaan Duta Besar Israel ke PBB Encik Gilad Erdan selepas serangan Iran ke atas Israel. - Foto AFP

TEL AVIV: Israel menyifatkan serangan 350 peluru berpandu dan dron oleh Iran sebagai pengisytiharan perang dan mengesahkan ia telah meluluskan rancangan tindakan balas.

Iran berkata serangannya sudah “selesai”,. dan memberi amaran kepada Israel supaya jangan bertindak balas.

Presiden Israel, Encik Isaac Herzog, pula berkata negaranya enggan berperang tetapi Tel Aviv akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu.

“Ini adalah pengisytiharan perang. Kami sedang mempertimbangkan semua pilihan dan saya cukup yakin kami akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi penduduk (Israel),” kata Encik Herzog.

Pegawai Israel berkata lima anggota kabinet perang Encik Netanyahu memihak pada pilihan tindakan balas, selepas satu mesyuarat pada 14 April. Namun, panel itu tidak dapat bersetuju mengenai masa dan skalanya.

Jurucakap tentera Israel, Encik Daniel Hagari, menuduh Iran cuba meletak Asia Barat dalam risiko dan meningkatkan ketegangan serantau dengan serangan itu.

“Sepanjang dua jam lepas, kami meluluskan rancangan operasi untuk tindakan serangan dan pertahanan,” ujar Encik Hagari. Beliau tidak menjelaskan pelan yang diluluskan.

Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Amir Saeid Iravani, dalam catatan di X pada 15 April menyatakan:

“Perkara itu boleh dianggap selesai. Bagaimanapun, sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindakan balas Iran akan menjadi lebih teruk.

“Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik awal bulan ini.

“Ia dilakukan atas kekuatan Artikel 5 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan sah.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg