Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel bentang fasa baru perang; sasar utara dan selatan Gaza

Jan 05, 2024 | 03:34 PM



TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, membentangkan fasa baru perang Israel di Gaza dengan pendekatan yang lebih disasarkan di utara di samping meneruskan usaha bagi memusnahkan pemimpin Hamas di selatan.


Israel juga akan berusaha membebaskan saki-baki tebusan yang masih ditahan oleh Hamas.

Di bawah tekanan antarabangsa untuk beralih kepada operasi pertempuran yang kurang sengit dan dalam menghadapi cabaran ekonomi, Israel telah menarik sebahagian pasukannya di Gaza untuk membolehkan beribu-ribu pasukan simpanan kembali menjalani kehidupan biasa.

Encik Gallant berkata dalam satu kenyataan pada 4 Januari bahawa operasi di utara melibatkan serbuan, merobohkan terowong, serangan udara dan darat, serta operasi pasukan khas.

Di selatan yang menjadi tempat berlindung kebanyakan 2.3 juta penduduk Gaza, tumpuan akan diberikan kepada usaha menghapuskan pemimpin Hamas dan menyelamatkan saki-baki 130 tebusan yang ditahan Hamas dalam serangan mereka di selatan Israel pada 7 Oktober.

Menurut beliau, selepas perang berakhir, Hamas tidak akan lagi menguasai Gaza dan sebaliknya akan dikendalikan oleh badan-badan Palestin selagi tiada ancaman kepada Israel.

Sementara itu, serangan Israel ke atas Gaza pada 4 Januari telah membunuh lebih 20 rakyat Palestin, termasuk 16 di Khan Younis, kawasan pantai di selatan yang dipenuhi dengan penduduk yang melarikan diri daripada kawasan lain, kata pegawai kesihatan Gaza.

Dalam serangan udara berasingan di khemah pelarian al-Nusseirat, lima rakyat Palestin terbunuh. Penduduk berkata, pesawat dan kereta kebal Israel juga telah mengebom dua khemah pelarian lain, menyebabkan ramai yang menuju ke selatan.

Peperangan Israel terhadap Hamas telah berlangsung selama tiga bulan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa bahawa konflik kini merebak di luar Gaza termasuk Tebing Barat yang diduduki Israel, tentera Hezbullah di sempadan Lebanon dengan Israel, dan laluan perkapalan Laut Merah.

Kebimbangan itu bertambah selepas serangan dron pada 2 Januari telah membunuh timbalan pemimpin Hamas, Encik Saleh al-Arouri, di Beirut, ibu kota Lebanon.

Pemimpin Hezbollah, Encik Hassan Nasrallah, berikrar bahawa pihaknya yang disokong Iran “tidak boleh berdiam diri” berikutan pembunuhan itu, tetapi beliau tidak membuat ugutan konkrit terhadap Israel.

Hezbollah telah berbalas-balas tembakan hampir setiap hari dengan Israel sejak perang Gaza bermula.

Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya dalam pembunuhan Encik Arouri. Ia sebaliknya bertekad untuk memusnahkan Hamas berikutan serangan kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober yang menyebabkan 1,200 orang terbunuh.

Sebagai membalas serangan Hamas itu, Israel telah melancarkan pengeboman dan serangan darat yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 22,400 orang.

“Tiada tempat yang selamat di Gaza. Ke mana sahaja anda pergi, ada saja serangan,” kata Encik Bahaa Abu Hatab, abang kepada salah seorang mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, telah melakukan lawatan ke Timur Tengah pada 4 Januari dalam usaha meredakan konflik daripada meluas.

Beliau akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Israel mengenai “langkah-langkah segera untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan yang ketara kepada Gaza”, kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >