Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel didakwa rosakkan lebih 2,000 kubur

Jan 30, 2024 | 01:25 PM



JALURAN GAZA: Bukan saja yang hidup, malah mereka yang telah meninggal dunia juga tidak terlepas daripada perang Hamas-Israel di Gaza, dengan mayat digali oleh tentera Israel dan pengebumian tergesa-gesa berlaku di hospital dan juga sekolah.


Di daerah Al-Tuffah, Bandar Gaza, jenazah-jenazah warga Palestin yang telah dikafankan, digali semula dan dibiarkan di atas tanah berlumpur.

Tentera Israel telah menceroboh tapak dan menggali mayat, menurut seorang jurugambar AFP yang melawatnya pada awal Januari.


Kementerian Hal Ehwal Agama Gaza yang dikendalikan Hamas, telah menyaksikan lebih 2,000 kubur dirosakkan atau dimusnahkan oleh tentera Israel di seluruh wilayah itu.

Tentera Israel memberitahu AFP ia “sama sekali tidak menyasarkan tanah perkuburan seperti itu dan tidak mempunyai dasar untuk mencederakan jenazah atau mencemarkan tanah perkuburan”.


Bagaimanapun, ia berkata “tanah perkuburan atau tapak kubur tertentu, seperti tapak atau struktur awam lain, boleh rosak” semasa perang.

Menjawab secara berasingan dakwaan bahawa askar telah merampas mayat dari kubur, tentera Israel memberitahu AFP ia bertindak “di lokasi tertentu di mana maklumat menunjukkan bahawa mayat tebusan mungkin dikesan”.


Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh sekitar 1,200 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.


Serangan balas tentera Israel menerusi udara dan darat telah membunuh lebih 26,600 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.


Seorang penduduk di Deir al-Balah, Cik Saida Jaber, berkata: “Saya rasa jantung saya akan berhenti apabila melihat kubur di kem pelarian Jabalia yang telah dimusnahkan.”

Menurut beliau, bapa, nenek dan datuk serta saudara-maranya telah dikebumikan di tapak perkuburan di utara Gaza itu.

“Saya tidak dapat bayangkan sesiapa berani menggali kubur dan melanggar kesucian orang yang mati,” kata Cik Jaber.

Dengan pertempuran yang masih berterusan, ramai penduduk Gaza tidak dapat mengebumikan jenazah di tanah perkuburan rasmi dan sebaliknya beralih ke tanah perkuburan sementara. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >