Israel batal solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan konflik dengan Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel batal solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan konflik dengan Iran

Mar 6, 2026 | 11:13 AM

Israel batal solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan konflik dengan Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Polis sempadan Israel mengawal dan menutup lorong-lorong menuju ke Tembok Barat di Kota Lama Baitulmakdis pada 2 Mac 2026. Penutupan itu dilaksanakan selepas arahan keselamatan dikeluarkan susulan serangan udara balas Iran terhadap Israel. Polis Israel mengarahkan supaya pintu beberapa tapak suci utama di Kota Lama ditutup, termasuk Gereja Makam Suci, Tembok Barat serta kompleks Masjid Al-Aqsa.
Polis sempadan Israel mengawal dan menutup lorong-lorong menuju ke Tembok Barat di Kota Lama Baitulmakdis pada 2 Mac 2026. Penutupan itu dilaksanakan selepas arahan keselamatan dikeluarkan susulan serangan udara balas Iran terhadap Israel. Polis Israel mengarahkan supaya pintu beberapa tapak suci utama di Kota Lama ditutup, termasuk Gereja Makam Suci, Tembok Barat serta kompleks Masjid Al-Aqsa. - Foto EPA

BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis Timur yang diduduki, dalam tindakan terbaru yang menyekat akses ke salah satu tapak paling suci bagi umat Islam sejak bermulanya bulan Ramadan.

Pentadbiran Awam Israel berkata keputusan itu diambil berikutan serangan balas Iran terhadap Israel dan kawasan sekitarnya, ketika ketegangan serantau semakin memuncak selepas serangan ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

Ketua Pentadbiran Awam Israel, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim, berkata melalui platform Al-Munasiq milik tentera Israel pada 5 Mac bahawa semua tapak suci di Kota Lama akan ditutup sementara.

“Semua tapak suci di Kota Lama Baitulmakdis termasuk Tembok Barat, Bukit Bait Suci dan Gereja Makam Suci akan ditutup esok, dan penganut serta pengunjung daripada semua agama tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut,” katanya.

Sejak bermulanya perang antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa Israel juga mengehadkan akses ke Kota Lama hanya kepada penduduk tempatan dan pemilik kedai.

Serangan peluru berpandu balas oleh Iran setakat ini dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di Israel, manakala serangan Israel dan Amerika Syarikat di Iran pula telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,230 kematian.

Keputusan menutup Masjid Al-Aqsa mendapat kecaman daripada tokoh agama Palestin. Imam kanan Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, menuduh Israel menggunakan situasi keselamatan sebagai alasan untuk terus menyekat umat Islam daripada memasuki kawasan masjid tersebut.

“Pihak berkuasa pendudukan mengambil kesempatan daripada apa jua keadaan untuk menutup Masjid Al-Aqsa, dan tindakan ini sama sekali tidak mempunyai justifikasi,” katanya.

Sekatan terhadap masjid itu sebenarnya telah lama berlaku sebelum tercetusnya konflik terbaru antara Israel dan Iran.

Pada Februari lalu, pihak berkuasa Israel mengumumkan bahawa hanya 10,000 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki dibenarkan memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat Ramadan yang pertama.

Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah jemaah yang biasanya berkumpul di kompleks Masjid Al-Aqsa pada Ramadan, yang mampu menampung sehingga setengah juta orang.

Kota Lama Baitulmakdis terletak di Baitulmakdis Timur yang diduduki Israel sejak 1967 sebelum wilayah itu kemudian diilhakkan, satu langkah yang tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.

Kompleks Masjid Al-Aqsa juga semakin kerap menjadi sasaran kunjungan ahli politik sayap kanan Israel serta kumpulan peneroka Yahudi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan peneroka sering memasuki kawasan tersebut hampir setiap minggu dan melakukan ritual agama di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Palestin bahawa usaha untuk mengubah status kawasan suci tersebut semakin meningkat.

Walaupun kompleks Masjid Al-Aqsa ditadbir oleh Jordan, kawalan keselamatan dan akses ke kawasan tersebut masih berada di bawah pihak berkuasa Israel.

Mengikut aturan status quo yang telah lama diamalkan, orang Yahudi dan bukan Islam dibenarkan melawat kawasan tersebut pada waktu tertentu, namun tidak dibenarkan melakukan ibadah atau mempamerkan simbol agama di dalam kawasan masjid.

Namun Menteri Keselamatan Negara Israel, Encik Itamar Ben-Gvir, beberapa kali menyeru supaya orang Yahudi diberikan hak untuk berdoa di kompleks Masjid Al-Aqsa.
Beliau juga pernah mencadangkan pembinaan sebuah rumah ibadat Yahudi di kawasan kompleks tersebut pada tahun 2024, satu cadangan yang mencetuskan bantahan keras daripada rakyat Palestin serta masyarakat Islam di seluruh dunia. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg