Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS: Tiada ‘tindakan genosid’ di Gaza, dakwaan Afrika Selatan kepada ICJ tidak berasas

Jan 04, 2024 | 11:08 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak melihat tindakan di Gaza sebagai genosid, ujar jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, pada 3 Januari selepas Afrika Selatan melancarkan prosiding genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung operasi ketenteraan Israel di wilayah Palestin itu.


“Itu adalah dakwaan yang tidak boleh dibuat dengan mudah... kita tidak melihat sebarang tindakan yang membentuk genosid,” katanya pada satu taklimat media biasa.

“Itu adalah satu ketetapan Jabatan Negara.” Encik Miller. Beliau ditanya mengenai permintaan Afrika Selatan pada 2 Januari supaya ICJ di The Hague mengeluarkan satu perintah segera yang mengisytiharkan Israel telah melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid 1948.

Mahkamah itu telah menjadualkan prosiding awam pada 11 dan 12 Januari atas permintaan Afrika Selatan.

Israel berkata ia akan membela dirinya terhadap tuduhan tersebut.

Jurucakap Israel, Encik Eylon Levy, menuduh Afrika Selatan memberi “perlindungan politik dan undang-undang” kepada serangan Hamas pada 7 Oktober, yang menurut Israel menyebabkan kematian 1,200 orang dan memicu perang itu.

Beliau berkata: “Israel akan hadir di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague untuk menepis fitnah berdarah yang tidak masuk akal oleh Afrika Selatan.

“Kami memberi jaminan kepada pemimpin Afrika Selatan sejarah akan menghakimi anda dan ia akan menghakimi anda tanpa belas kasihan.”

“Kami akan berada di ICJ pada 11 Januari. Kami akan membentangkan kes mengenai pandangan kami yang berasaskan bukti, termasuk niat khusus jenayah genosid, berdasarkan kenyataan-kenyataan para pemimpin (Israel),” kata Encik Zane Dangor, ketua pengarah Kementerian Luar Afrika Selatan kepada penyiar nasional SABC pada 2 Januari.


Afrika Selatan juga memohon ICJ memerintahkan Israel segera menghentikan tindakan keganasannya.

Agensi Anadolu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku berjudul The Evidence, yang mengandungi visual yang mendedahkan dakwaan tindakan jenayah oleh Israel di Gaza.


Jumlah kematian akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober melebihi 22,000 sejauh ini, dengan lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Kebanyakan penduduk Gaza, yang berjumlah lebih 2.2 juta, hidup dalam kepungan dan pengeboman berterusan, hilang kediaman dan kekurangan bekalan makanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >